Yoel 1:1-20

  • Serangan belalang juta (1-14)

  • “Hari Yehuwa sudah dekat!” (15-20)

    • Yoel berseru kepada Yehuwa (19, 20)

1  Yoel* anak Petuel telah menerima perkhabaran daripada Yehuwa, dan dia menyampaikan perkhabaran itu.   “Dengarlah, hai para pemimpin,Tumpukanlah perhatian kamu, hai penduduk negeri ini. Pernahkah perkara seperti ini berlaku pada zaman kamuAtau pada zaman nenek moyang kamu?+   Ceritakanlah perkara ini kepada anak-anak kamu,Supaya mereka dapat menceritakannya kepada anak-anak mereka,Dan anak-anak mereka pula dapat menceritakannya kepada generasi seterusnya.   Apa sahaja yang ditinggalkan oleh kawanan belalang pelahap, dimakan oleh belalang bersayap;+Apa sahaja yang ditinggalkan oleh belalang bersayap, dimakan oleh belalang muda;Dan apa sahaja yang ditinggalkan oleh belalang muda, dimakan oleh kawanan belalang pemusnah.*+   Bangunlah dan menangislah, hai pemabuk!+ Merataplah, hai peminum wain,Kerana wain baharu sudah dirampas daripada mulut kamu.+   Kawanan belalang juta telah bangkit untuk menyerang negeriku; belalang-belalang itu seperti sebuah bangsa yang kuat dan tidak terhitung bilangannya.+ Gigi belalang seperti gigi singa,+ dan tulang rahang belalang seperti tulang rahang singa.   Kawanan belalang itu memusnahkan semua pokok anggur dan pokok ara.Ranting-ranting pokok menjadi putih,Kerana semua kulit pokok anggur dan pokok ara telah dikupas dan dibuang.   Meraunglah seperti anak dara yang memakai kain guni,Yang sedang meratapi kematian pengantin lelakinya.   Korban bijirin+ dan korban wain+ tidak lagi dipersembahkan di Rumah Yehuwa.Para imam, ya, para hamba Yehuwa, sedang berkabung. 10  Ladang telah binasa dan tanah berkabung,+Kerana biji-bijian telah musnah, wain baharu tiada lagi, dan semua minyak sudah habis.+ 11  Para petani akan berasa hampa, dan para pekebun akan meratap,Kerana gandum dan barli tiada lagi,Dan kerana hasil tuaian ladang sudah musnah. 12  Pokok anggur sudah kering.Pokok ara sudah layu. Pokok delima, pokok palma, pokok epal,Dan semua pokok di ladang sudah kering dan kecut.+Ya, segala sukacita yang dirasai semua orang sudah lenyap. 13  Hai para imam, pakailah kain guni dan berkabunglah.Merataplah, hai kamu yang berkhidmat di mazbah.+ Hai para hamba Tuhan, masuklah dan bermalamlah dengan memakai kain guni,Kerana korban bijirin+ dan korban wain+ tidak lagi dipersembahkan di Rumah Tuhan. 14  Isytiharkanlah waktu untuk berpuasa dan adakanlah perhimpunan suci.+ Kumpulkanlah para pemimpin dan semua penduduk negeri ini.Pergilah ke Rumah Yehuwa+ dan berserulah kepada Yehuwa untuk memohon bantuan-Nya. 15  Hari Yehuwa sudah dekat!+ Ya, hari itu akan datang!Tuhan Yang Maha Kuasa akan membawa kebinasaan! 16  Makanan di depan mata kita sudah diambil.Kegembiraan dan sukacita di Rumah Tuhan sudah lenyap. 17  Semua benih* sudah musnah. Semua jelapang sudah menjadi kosong. Semua gudang sudah dirobohkan kerana biji-bijian tiada lagi. 18  Binatang ternakan pun mengerang. Kawanan lembu merayau-rayau tidak tentu arah, kerana tidak menjumpai padang rumput. Kawanan bebiri juga menderita akibat dosa manusia. 19  Namun aku akan berseru kepada-Mu, ya Yehuwa,+Kerana api telah membakar kawasan berumput di padang belantara,Dan nyala api telah menghanguskan semua pokok di ladang. 20  Binatang liar pun berseru kepada-Mu,Kerana air sungai sudah kering,Dan kawasan berumput di padang belantara sudah dijilat api.”

Nota Kaki

Maksudnya “Yehuwa ialah Tuhan.”
Teks Ibrani menggunakan istilah-istilah yang berbeza untuk merujuk kepada empat jenis belalang juta.
Atau mungkin, “buah ara kering.”