Yoel 2:1-32

  • Hari Yehuwa; tentera-Nya yang besar (1-11)

  • Kembalilah kepada Yehuwa (12-17)

    • ‘Biarlah hati yang remuk menyatakan penyesalan’ (13)

  • Yehuwa menjawab seruan umat-Nya (18-32)

    • “Aku akan mencurahkan kuasa suci-Ku” (28)

    • Mukjizat di langit dan di bumi (30)

    • Yang menyeru nama Yehuwa akan selamat (32)

2  “Tiuplah trompet* di Sion!+ Teriakkanlah laungan peperangan di gunung suci Tuhan. Biarlah semua penduduk bumi gementar,Kerana hari Yehuwa akan datang!+ Ya, hari itu sudah dekat!   Hari itu gelap dan suram,+Hari itu mendung dan kelam.+Keadaannya seperti cahaya fajar yang terhalang oleh gunung. Akan muncul kawanan belalang juta* yang kuat dan tidak terhitung bilangannya.+Sejak purbakala, tidak ada yang setandingnya,Dan dari generasi ke generasi,Tidak akan ada yang dapat menandinginya.   Seperti api, kawanan belalang melahap segala sesuatu di hadapannya,Dan memusnahkan segala sesuatu di belakangnya.+ Tanah di hadapannya kelihatan seperti Taman Eden,+Tetapi tanah di belakangnya menjadi seperti padang belantara yang tandus.Segala-galanya dibinasakan oleh belalang.   Rupa belalang juta itu seperti kuda,Dan belalang juta berlari seperti kuda perang.+   Semasa belalang naik ke atas gunung, bunyinya seperti bunyi kereta-kereta kuda+Dan seperti bunyi jerami yang dibakar api. Belalang-belalang itu berbaris seperti pasukan askar yang siap untuk berperang.+   Kerana belalang-belalang itu, penderitaan akan melanda semua orang, Dan ketakutan akan terpancar pada setiap wajah.   Belalang menyerang seperti pahlawan,Dan memanjat tembok seperti askar.Semua belalang terus mara ke depanTanpa menyimpang daripada haluan masing-masing.   Semasa belalang mara ke depan,Belalang tidak saling berlanggar. Meskipun ada yang mati dipanah,Yang lain terus maju tanpa mengubah haluan.   Belalang menyerbu ke dalam kota dan berlari di atas tembok. Belalang memanjat rumah-rumah dan masuk melalui jendela seperti pencuri. 10  Ketika belalang juta mara, bumi bergoncang dan langit bergegar. Matahari dan bulan menjadi gelap,+Dan bintang-bintang tidak lagi bercahaya. 11  Dengan suara yang lantang, Yehuwa akan memberikan perintah kepada tentera-Nya+ yang tidak terhitung bilangannya.+ Dia sangat berkuasa dan Dia akan melaksanakan segala yang difirmankan-Nya.Hari Yehuwa sungguh hebat dan menakutkan!+ Siapakah yang dapat bertahan apabila hari itu tiba?”+ 12  Yehuwa berfirman, “Maka sekarang, kembalilah kepada-Ku dengan segenap hati.+Berpuasalah+ sambil menangis dan meratap. 13  Jangan hanya mengoyakkan pakaian kamu,+ sebaliknya biarlah hati kamu yang remuk itu menyatakan penyesalan.*+Kembalilah kepada Aku, Yehuwa, Tuhan kamu.Aku Tuhan yang penuh rahmat dan belas kasihan. Aku tidak cepat murka+ dan Aku penuh dengan kasih setia.+Aku akan mempertimbangkan semula keputusan-Ku dan tidak mendatangkan bencana yang telah Aku firmankan. 14  Mudah-mudahan, Aku akan berpaling daripada kemurkaan-Ku dan mengubah fikiran-Ku,+Lalu mencurahkan berkat ke atas kamu.Dengan demikian, kamu dapat mempersembahkan korban bijirin dan korban wain kepada Aku, Yehuwa, Tuhan kamu. 15  Tiuplah trompet di Sion! Isytiharkanlah waktu untuk berpuasa dan adakanlah perhimpunan suci.+ 16  Kumpulkanlah seluruh umat* dan sucikanlah mereka.+ Kumpulkanlah semua orang tua, anak-anak, dan bayi yang masih menyusu.+ Panggillah juga pengantin lelaki dan perempuan dari bilik tidur mereka. 17  Para imam yang berkhidmat kepada Aku, Yehuwa,Di antara anjung dengan mazbah,+ harus menangis sambil berkata, ‘Kasihanilah umat-Mu, ya Yehuwa.Jangan biar mereka dihinaDan dikuasai oleh bangsa-bangsa lain. Jangan biar bangsa-bangsa itu bertanya, “Di manakah Tuhan kamu?”’+ 18  Kemudian Aku, Yehuwa, akan melindungi tanah milik-Ku,Dan Aku akan berbelas kasihan terhadap umat-Ku.+ 19  Aku, Yehuwa, akan berfirman kepada umat-Ku, ‘Sekarang Aku akan memberi kamu bijirin, minyak, dan wain baharu,lalu kamu akan makan sehingga puas.+Aku tidak akan membiarkan kamu dihina lagi oleh bangsa-bangsa lain.+ 20  Kawanan belalang juta yang datang dari utara akan Aku jauhkan daripada kamu.Aku akan mengusir kawanan itu ke tanah yang kering dan tandus.Barisan hadapan kawanan itu akan dihalau ke laut di sebelah timur,*Dan barisan belakang pula dihalau ke laut di sebelah barat.* Bangkai-bangkai kawanan yang datang dari utara itu akan berbau,Dan bau busuk itu akan tersebar ke seluruh tanah itu.+Sesungguhnya, Aku akan melaksanakan perkara-perkara yang menakjubkan.’ 21  Hai ladang-ladang, janganlah takut. Bersukacitalah dan bergembiralah, kerana Aku, Yehuwa, akan melakukan perkara-perkara yang menakjubkan. 22  Hai binatang-binatang, janganlah takut,Kerana rumput akan menghijau semula di padang belantara,+Dan pokok-pokok akan berbuah.+Sesungguhnya, pokok ara dan pokok anggur akan menghasilkan buah yang berlimpah-limpah.+ 23  Hai penduduk Sion, bersukacitalah dan bergembiralah, kerana Aku, Yehuwa, Tuhan kamu,+Akan memberikan hujan yang cukup pada musim luruh.Ya, Aku akan menurunkan hujan lebat untuk kamu.Seperti dahulu, Aku akan menurunkan hujan pada musim luruh dan musim bunga.+ 24  Tempat mengirik* tuaian akan penuh dengan biji-bijian,Dan tempat pemerasan akan berlimpah-limpah dengan minyak dan wain baharu.+ 25  Kawanan belalang juta yang telah Aku utus ke tengah-tengah kamu bagaikan pasukan tentera yang besar.Meskipun hasil tanaman kamu dimakan oleh kawanan belalang pelahap, belalang bersayap, belalang muda, dan belalang pemusnah,*Aku akan mengganti segala kerugian yang kamu alami pada tahun-tahun tersebut.+ 26  Kamu pasti akan makan sehingga puas,+Dan kamu akan memuji nama-Ku, iaitu Yehuwa.+Aku, Tuhan kamu, telah melakukan hal-hal yang luar biasa demi kamu.Ya, umat-Ku tidak akan dihina lagi.+ 27  Hai orang Israel, kamu akan mengetahui bahawa Aku berada di tengah-tengah kamu,+Dan bahawa Akulah Yehuwa, Tuhan kamu.+ Tidak ada tuhan lain kecuali Aku! Ya, umat-Ku tidak akan dihina lagi. 28  Kemudian Aku akan mencurahkan kuasa suci-Ku*+ ke atas segala macam orang.Anak lelaki dan anak perempuan kamu akan bernubuat,Orang tua dalam kalangan kamu akan mendapat mimpi,Dan anak muda kamu akan mendapat penglihatan.+ 29  Pada masa itu, Aku juga akan mencurahkan kuasa suci-KuKe atas hamba lelaki dan hamba perempuan-Ku. 30  Aku akan menunjukkan mukjizat di langit dan di bumi;Akan ada darah, api, dan kepulan asap.+ 31  Sebelum Hari Yehuwa yang hebat dan menakutkan itu datang,+Matahari akan menjadi gelap, dan bulan akan menjadi merah seperti darah.+ 32  Tetapi, semua orang yang menyeru nama Yehuwa akan diselamatkan.+Aku, Yehuwa, telah berfirman bahawa akan ada orang yang terselamat di Gunung Sion dan Yerusalem.+Orang yang telah Aku panggil akan hidup. Akulah Yehuwa.”

Nota Kaki

Atau “tanduk biri-biri jantan.”
Atau “Akan muncul pasukan tentera.”
Harfiah, “sebaliknya koyakkanlah hati kamu.”
Atau “sidang.” Lihat Kamus.
Iaitu, Laut Mati.
Iaitu, Laut Mediterranean.
Proses memisahkan buah daripada tangkai.
Teks Ibrani menggunakan istilah-istilah yang berbeza untuk merujuk kepada empat jenis belalang juta.
Biasanya dipanggil roh kudus. Lihat Kamus.