Yoel 3:1-21

  • Yehuwa menghakimi semua bangsa (1-17)

    • Lembah Yehosafat (2, 12)

    • Lembah Penghakiman (14)

    • Yehuwa, kubu pertahanan umat Israel (16)

  • Yehuwa memberkati umat-Nya (18-21)

3  “Hal ini demikian kerana pada masa itu,Aku akan membawa kembali orang Yehuda dan Yerusalem yang ditawan.+   Aku akan mengumpulkan semua bangsaDan membawa mereka ke Lembah* Yehosafat.* Demi umat Israel yang merupakan milik-Ku,Aku akan menghakimi semua bangsa itu di sana,+Kerana mereka mencerai-beraikan umat-Ku dalam kalangan bangsa-bangsa lain,Dan membahagi-bahagikan tanah-Ku untuk diri mereka sendiri.+   Mereka membuang undi untuk mendapatkan umat-Ku.+Mereka menjual budak lelaki supaya dapat membayar pelacur,Dan menjual budak perempuan supaya dapat membeli wain.   Hai Tirus, Sidon, dan seluruh wilayah Filistia,Alangkah beraninya kamu melawan Aku! Adakah kamu mencuba membalas dendam terhadap-Ku? Jika kamu berbuat demikian,Aku akan segera membalas kamu setimpal dengan perbuatan kamu.+   Kamu telah merampas emas dan perak-Ku,+Dan membawa harta-Ku yang bernilai ke dalam kuil-kuil kamu.   Kamu telah menjual penduduk Yehuda dan Yerusalem kepada orang Yunani,+Supaya mereka berada jauh dari negeri mereka.   Tetapi sekarang Aku akan membawa mereka kembali dari tempat-tempat kamu menjual mereka.+Aku akan membalas kamu setimpal dengan perbuatan kamu.   Aku akan menjual anak lelaki dan anak perempuan kamu kepada orang Yehuda.+Orang Yehuda pula akan menjual mereka kepada orang Syeba yang tinggal di tempat yang sangat jauh.Aku, Yehuwa, telah berfirman.   Isytiharkanlah perkara ini kepada semua bangsa:+ ‘Bersiaplah untuk berperang! Bangkitkanlah semangat para pahlawan kamu! Hendaklah para askar maju dan bersedia untuk menyerang!+ 10  Tempalah mata bajak untuk dijadikan pedang dan juga sabit untuk dijadikan tombak. Hendaklah orang yang lemah berkata, “Aku sangat kuat!” 11  Hai bangsa-bangsa di sekitar, berkumpullah dan bantulah satu sama lain!’”+ Ya Yehuwa, utuslah para pahlawan-Mu ke tempat mereka berkumpul. 12  “Hendaklah bangsa-bangsa bangkit dan datang ke Lembah* Yehosafat,Kerana di situ, Aku akan duduk dan menghakimi semua bangsa di sekitar.+ 13  Ayunkanlah sabit kerana tuaian sudah masak. Datanglah untuk memeras anggur kerana tempat pemerasan sudah penuh.+ Tempayan wain sudah melimpah kerana kejahatan semua bangsa itu bertimbun-timbun. 14  Begitu banyak orang yang akan berkumpul di Lembah* Penghakiman.Di situ orang akan dihakimi, kerana Hari Yehuwa sudah dekat.+ 15  Matahari dan bulan akan menjadi gelap,Dan bintang-bintang tidak akan bercahaya lagi. 16  Di Sion, suara-Ku akan kedengaran seperti ngauman singa,Dan di Yerusalem, Aku, Yehuwa, akan berseru dengan suara yang lantang. Langit dan bumi akan bergoncang,Tetapi Aku, Yehuwa, akan menjadi tempat perlindungan bagi umat-Ku,+Dan Aku akan menjadi kubu pertahanan bagi umat Israel. 17  Sesungguhnya, kamu akan mengetahui bahawa Akulah Yehuwa, Tuhan kamu, dan bahawa Aku berada di Sion, gunung suci-Ku.+ Yerusalem akan menjadi tempat yang suci,+Dan orang asing tidak akan sekali-kali melintasinya.+ 18  Pada hari itu, gunung-gunung akan diliputi wain manis,+Bukit-bukit akan melimpah dengan susu,Dan sungai-sungai di Yehuda akan penuh dengan air. Mata air akan mengalir dari rumah milik Aku, Yehuwa,+Dan mengairi seluruh Lembah* Akasia. 19  Namun, Mesir akan menjadi terlantar,+Dan Edom akan menjadi padang belantara yang terbiar,+Kerana keganasan yang dilakukan oleh mereka terhadap orang Yehuda.+Mereka telah membunuh orang yang tidak bersalah di negeri orang Yehuda.+ 20  Tetapi, dari generasi ke generasi,Yerusalem dan Yehuda akan sentiasa dihuni.+ 21  Meskipun mereka berhutang darah, Aku akan menghapuskan hutang darah itu.+Sesungguhnya, Aku, Yehuwa, akan berada di Sion.”+

Nota Kaki

Atau “Dataran Rendah.”
Maksudnya “Yehuwa ialah Hakim.”
Atau “Dataran Rendah.”
Atau “Dataran Rendah.”
Atau “Wadi.”