Berita Baik yang Disampaikan oleh Yohanes 17:1-26

  • Doa terakhir Yesus bersama para rasulnya (1-26)

    • Mengenal Tuhan membawa hidup kekal (3)

    • Orang Kristian bukan sebahagian daripada dunia (14-16)

    • “Firman-Mu ialah kebenaran” (17)

    • “Aku sudah membuat nama-Mu nyata” (26)

17  Selepas Yesus mengatakan hal-hal itu, dia menengadah ke langit lalu berkata, “Ya Bapa, saatnya telah tiba. Muliakanlah anak-Mu supaya anak-Mu boleh memuliakan-Mu.+ 2  Engkau telah memberinya kuasa atas semua orang,+ supaya dia boleh memberikan kehidupan yang kekal+ kepada semua orang yang Engkau berikan kepadanya.+ 3  Jika orang mengenal* Engkau, satu-satunya Tuhan yang benar,+ dan mengenal Yesus Kristus yang Engkau utus,+ maka mereka mendapat kehidupan kekal.+ 4  Aku sudah memuliakan Engkau di bumi+ dengan menyelesaikan kerja yang Engkau berikan kepadaku.+ 5  Maka sekarang, ya Bapa, biarlah aku dimuliakan di sisi-Mu dengan kemuliaan yang aku miliki di sisi-Mu sebelum dunia ada.+ 6  “Aku sudah membuat nama-Mu nyata kepada* orang dari dunia ini yang telah Engkau serahkan kepadaku.+ Mereka merupakan milik-Mu, dan Engkau menyerahkan mereka kepadaku. Mereka mematuhi firman-Mu, 7  dan sekarang mereka tahu bahawa segala yang Engkau berikan kepadaku adalah daripada-Mu, 8  kerana firman yang Engkau berikan kepadaku telah aku berikan kepada mereka+ dan diterima oleh mereka. Sesungguhnya mereka tahu bahawa aku datang sebagai wakil-Mu+ dan percaya bahawa Engkaulah yang mengutus aku.+ 9  Aku berdoa bagi mereka. Aku berdoa bukan untuk dunia, tetapi untuk mereka yang Engkau berikan kepadaku kerana mereka milik-Mu. 10  Semua yang aku miliki merupakan milik-Mu, dan milik-Mu merupakan milikku.+ Aku dimuliakan dalam kalangan mereka. 11  “Aku akan datang kepada-Mu. Aku tidak akan tinggal di dunia ini lagi, tetapi mereka masih di dunia ini.+ Ya Bapa yang suci, demi nama-Mu sendiri yang telah Engkau berikan kepadaku, jagalah mereka+ supaya mereka menjadi satu,* sepertimana kita juga satu.*+ 12  Semasa aku bersama mereka, aku selalu menjaga mereka+ demi nama-Mu sendiri yang Engkau berikan kepadaku. Aku sudah melindungi mereka dan tidak seorang pun antara mereka yang dimusnahkan+ kecuali dia yang akan dimusnahkan itu.+ Hal ini supaya apa yang tertulis dapat menjadi kenyataan.+ 13  Tetapi sekarang aku akan datang kepada-Mu, dan aku bercakap tentang perkara ini di dunia supaya hati mereka penuh dengan sukacitaku.+ 14  Aku telah menyampaikan firman-Mu kepada mereka, tetapi dunia membenci mereka kerana mereka bukan sebahagian daripada dunia,+ sepertimana aku bukan sebahagian daripada dunia. 15  “Aku tidak memohon Engkau untuk mengambil mereka keluar dari dunia, tetapi untuk melindungi mereka daripada Si Jahat.+ 16  Mereka bukanlah sebahagian daripada dunia,+ sepertimana aku bukan sebahagian daripada dunia.+ 17  Sucikanlah mereka* dengan kebenaran.+ Firman-Mu ialah kebenaran.+ 18  Sepertimana Engkau mengutus aku ke dunia, aku juga mengutus mereka ke dunia.+ 19  Aku menyucikan diriku demi mereka, supaya mereka juga disucikan oleh kebenaran. 20  “Aku berdoa bukan untuk mereka sahaja, tetapi untuk semua orang yang beriman kepada aku setelah mendengar ajaran mereka. 21  Dengan demikian, mereka semua menjadi satu.+ Bapa, sepertimana Engkau bersatu dengan aku dan aku bersatu dengan Engkau,+ mereka juga bersatu dengan kita, supaya dunia akan percaya bahawa Engkaulah yang mengutus aku. 22  Aku telah memberi mereka kemuliaan yang Engkau berikan kepadaku, supaya mereka menjadi satu sepertimana kita juga satu.+ 23  Aku bersatu dengan mereka dan Engkau bersatu dengan aku, supaya mereka benar-benar menjadi satu. Dengan ini, dunia akan tahu bahawa Engkaulah yang mengutus aku dan Engkau mengasihi mereka sepertimana Engkau mengasihi aku. 24  Ya Bapa, aku mahu agar orang yang Engkau berikan kepadaku bersama aku di tempat aku berada,+ supaya mereka dapat melihat kemuliaanku yang telah Engkau berikan kepadaku, kerana Engkau mengasihi aku sebelum dunia diasaskan.*+ 25  Bapa yang adil, walaupun dunia tidak mengenal Engkau,+ aku mengenal Engkau,+ dan mereka tahu bahawa Engkaulah yang mengutus aku. 26  Aku sudah membuat nama-Mu nyata kepada mereka dan aku akan terus berbuat demikian,+ supaya mereka akan menunjukkan kasih sepertimana Engkau menunjukkan kasih kepadaku dan supaya aku bersatu dengan mereka.”+

Nota Kaki

Kata kerja Yunani menunjukkan usaha yang berterusan.
Atau “membuat nama-Mu diketahui.”
Atau “bersatu.”
Atau “bersatu.”
Atau “Jadikanlah mereka milik-Mu yang khas.”
Merujuk kepada kelahiran anak-anak Adam dan Hawa.