Yosua 12:1-24

  • Raja-raja di timur Yordan dikalahkan (1-6)

  • Raja-raja di barat Yordan dikalahkan (7-24)

12  Orang Israel telah menakluki kawasan di sebelah timur Sungai Yordan, iaitu dari Lembah* Arnon+ sampai ke Gunung Hermon,+ termasuk seluruh bahagian timur Araba.+ Mereka telah mengalahkan raja-raja berikut: 2  Raja Sihon,+ iaitu raja orang Amori yang tinggal di Hesybon. Dia memerintah kota Aroer+ yang terletak di pinggir Lembah Arnon.+ Kawasan pemerintahannya merangkumi setengah daripada daerah Gilead, dari bahagian tengah Lembah Arnon sampai ke Lembah Yabok, iaitu sempadan orang Ammon. 3  Kawasan pemerintahannya juga merangkumi seluruh kawasan timur Araba, dari Tasik Kineret*+ sampai ke Laut Araba, iaitu Laut Mati, termasuk Bet-yesimot yang berdekatan Laut Mati sampai ke kaki cerun Pisga di selatan.+ 4  Mereka juga menakluki negeri Raja Og+ dari Basan. Dia tinggal di Asytarot dan Edrei, dan merupakan salah seorang keturunan Refaim yang terakhir.+ 5  Kawasan pemerintahannya merangkumi Gunung Hermon, Salkha, seluruh Basan,+ sampai ke sempadan orang Gesur dan orang Maakha,+ dan juga setengah daripada daerah Gilead, sampai ke negeri Raja Sihon dari Hesybon.+ 6  Raja-raja itu telah dikalahkan oleh hamba Yehuwa, iaitu Musa, dan umat Israel.+ Selepas itu, Musa, hamba Yehuwa itu, memberikan negeri raja-raja itu kepada suku Ruben, suku Gad, dan setengah daripada suku Manasye untuk dijadikan milik mereka.+ 7  Yosua dan orang Israel telah mengalahkan semua raja di sebelah barat Sungai Yordan dari Baal-gad+ di Lembah Lebanon+ sampai ke Gunung Halak+ yang berdekatan Seir.+ Yosua membahagikan tanah raja-raja itu dan memberikannya kepada suku-suku Israel sebagai milik mereka.+ Tanah itu merangkumi 8  Syefela, Araba, kawasan pergunungan, kawasan lereng gunung, padang belantara, dan Negeb.+ Semua itu merupakan negeri orang Het, orang Amori,+ orang Kanaan, orang Feris, orang Hewi, dan orang Yebus.+ Berikut ialah raja-raja mereka:  9  Seorang raja dari Yerikho;+ seorang raja dari Ai,+ yang terletak di sebelah Bethel; 10  seorang raja dari Yerusalem; seorang raja dari Hebron;+ 11  seorang raja dari Yarmut; seorang raja dari Lakhis; 12  seorang raja dari Eglon; seorang raja dari Gezer;+ 13  seorang raja dari Debir;+ seorang raja dari Geder; 14  seorang raja dari Horma; seorang raja dari Arad; 15  seorang raja dari Libna;+ seorang raja dari Adulam; 16  seorang raja dari Makeda;+ seorang raja dari Bethel;+ 17  seorang raja dari Tapuah; seorang raja dari Hefer; 18  seorang raja dari Afek; seorang raja dari Lasaron; 19  seorang raja dari Madon; seorang raja dari Hazor;+ 20  seorang raja dari Simron-meron; seorang raja dari Akhsaf; 21  seorang raja dari Taanakh; seorang raja dari Megido; 22  seorang raja dari Kedes; seorang raja dari Yokneam+ di Karmel; 23  seorang raja dari Dor di perbukitan Dor;+ seorang raja dari Goyim di Gilgal; 24  seorang raja dari Tirza. Kesemuanya berjumlah 31 orang raja.

Nota Kaki

Atau “Wadi.”
Iaitu, Tasik Genesaret atau Tasik Galilea.