Yosua 15:1-63

  • Warisan suku Yehuda (1-12)

  • Anak perempuan Kaleb mendapat tanah (13-19)

  • Kota-kota suku Yehuda (20-63)

15  Keluarga-keluarga dalam suku Yehuda menerima tanah setelah membuang undi.+ Tanah itu terbentang ke sempadan Edom,+ sampai ke padang belantara Zin, dan ke hujung selatan Negeb.  Sempadan tanah di sebelah selatan bermula dari hujung Laut Mati,+ iaitu dari teluk yang menghadap selatan.  Kemudian sempadan itu menghala ke selatan, ke Lereng Akrabim,+ sampai ke Zin. Dari bahagian selatan Kades-barnea,+ sempadan itu menghala ke utara, melintasi Hezron, lalu naik ke Adar, kemudian membelok ke arah Karka.  Dari situ sempadan itu menuju ke Azmon+ sampai ke Wadi* Mesir+ dan berakhir di Laut Tengah.* Itulah sempadan tanah mereka di sebelah selatan.  Sempadan di sebelah timur ialah Laut Mati sampai ke muara Sungai Yordan. Sempadan di sebelah utara pula bermula dari teluk Laut Mati, di muara Sungai Yordan,+  sampai ke Bet-hogla+ dan melintasi utara Bet-araba,+ lalu naik ke Batu Bohan.+ (Bohan ialah keturunan Ruben.)  Kemudian sempadan itu naik ke Debir di Lembah* Akhor+ dan membelok ke utara ke arah Gilgal,+ yang berhadapan dengan Lereng Adumim di selatan wadi itu. Dari situ sempadan itu menuju ke mata air En-semes+ dan berakhir di En-rogel.+  Sempadan itu menuju ke arah Lembah Hinom+ sampai ke selatan lereng gunung orang Yebus,+ iaitu Yerusalem.+ Dari situ sempadan itu menuju ke puncak gunung yang terletak di sebelah barat Lembah Hinom. Gunung itu terletak di hujung bahagian utara Lembah* Refaim.  Dari puncak gunung itu, sempadan itu menuju ke mata air di Neftoah+ sampai ke kota-kota di Gunung Efron. Dari situ sempadan itu menuju ke arah Baala, iaitu Kiryat-yearim.+ 10  Kemudian dari Baala, sempadan itu menuju ke arah Gunung Seir di barat, dan melalui lereng Gunung Yearim di utara, iaitu Kesalon, lalu turun ke Bet-semes+ dan kemudian menuju ke Timna.+ 11  Dari situ sempadan itu menuju ke utara ke Lereng Ekron,+ sampai ke Sikron, dan melintasi Gunung Baala hingga Yabneel. Sempadan itu berakhir di laut. 12  Sempadan di sebelah barat ialah Laut Tengah*+ dan sepanjang persisiran pantainya. Itulah sempadan bagi tanah yang diberikan kepada keluarga-keluarga dalam suku Yehuda. 13  Seperti yang diperintahkan oleh Yehuwa kepada Yosua, Kaleb+ anak Yefune telah diberi tanah di kawasan keturunan Yehuda. Kaleb mendapat Kiryat-arba, iaitu Hebron.+ (Arba ialah bapa Enak.) 14  Kaleb mengusir tiga orang anak lelaki Enak,+ iaitu Sesai, Ahiman, dan Talmai+ dari kota itu. 15  Kemudian dia pergi dari situ dan menyerang penduduk Debir.+ (Debir sebelumnya dikenali sebagai Kiryat-sefer.) 16  Kaleb berkata, “Aku akan memberikan anak perempuanku, Akhsa, sebagai isteri kepada orang yang menyerang kota Kiryat-sefer dan menawannya.” 17  Otniel+ anak Kenas,+ iaitu anak saudara Kaleb, berjaya menawan kota itu. Maka Kaleb memberikan anak perempuannya Akhsa+ kepada Otniel sebagai isteri. 18  Semasa dalam perjalanan pulang, Akhsa mendesak suaminya supaya meminta sebidang tanah daripada bapanya Kaleb. Akhsa turun dari keldainya* lalu Kaleb bertanya kepadanya, “Apa yang kamu mahu?”+ 19  Akhsa menjawab, “Ayah telah memberikan sebidang tanah yang gersang di selatan* kepada saya. Jadi, berkatilah saya dan berilah saya Gulot-maim* juga.” Maka Kaleb memberinya Gulot Hulu dan Gulot Hilir. 20  Berikut merupakan tanah yang diterima oleh keluarga-keluarga dalam suku Yehuda sebagai warisan mereka. 21  Kota-kota suku Yehuda yang paling jauh di sebelah selatan, berhampiran dengan sempadan Edom+ ialah Kabzeel, Eder, Yagur, 22  Kina, Dimona, Adada, 23  Kedes, Hazor, Yitnan, 24  Zif, Telem, Bealot, 25  Hazor-hadata, dan Keriot-hezron, iaitu Hazor, 26  Amam, Sema, Molada,+ 27  Hazar-gada, Hesmon, Bet-pelet,+ 28  Hazar-sual, Beer-syeba,+ Biziotia, 29  Baala, Iyim, Ezem, 30  Eltolad, Kesil, Horma,+ 31  Ziklag,+ Madmana, Sansana, 32  Lebaot, Silhim, Ain, dan Rimon.+ Semuanya 29 buah kota bersama dengan perkampungan di sekelilingnya. 33  Kota-kota di Syefela+ ialah Esytaol, Zora,+ Asna, 34  Zanoah, En-ganim, Tapuah, Enam, 35  Yarmut, Adulam,+ Sokho, Azeka,+ 36  Saaraim,+ Aditaim, dan Gedera serta Gederotaim.* Semuanya 14 buah kota bersama dengan perkampungan di sekelilingnya. 37  Selain itu ada lagi Zenan, Hadasa, Migdal-gad, 38  Dilean, Mizpe, Yokteel, 39  Lakhis,+ Bozkat, Eglon, 40  Kabon, Lahmas, Kitlis, 41  Gederot, Bet-dagon, Naama, dan Makeda.+ Semuanya 16 buah kota bersama dengan perkampungan di sekelilingnya. 42  Selain itu ada lagi Libna,+ Eter, Asan,+ 43  Yifta, Asna, Nezib, 44  Kehila, Akhzib, dan Maresa. Semuanya sembilan buah kota bersama dengan perkampungan di sekelilingnya. 45  Mereka juga menerima Ekron dan pekan-pekan serta perkampungan di sekelilingnya; 46  dari Ekron ke arah barat, semua kawasan berhampiran Asdod dan perkampungan di sekelilingnya. 47  Selain itu terdapat juga Asdod+ dan pekan-pekan serta perkampungan di sekelilingnya; Gaza+ dan pekan-pekan serta perkampungan di sekelilingnya, sampai ke Wadi Mesir, Laut Tengah,* dan kawasan persisiran laut.+ 48  Kota-kota di kawasan pergunungan ialah Samir, Yatir,+ Sokho, 49  Dana, Kiryat-sana, iaitu Debir, 50  Anab, Estemo,+ Anim, 51  Gosyen,+ Holon, dan Gilo.+ Semuanya 11 buah kota bersama dengan perkampungan di sekelilingnya. 52  Mereka juga menerima Arab, Duma, Esan, 53  Yanum, Bet-tapuah, Afeka, 54  Humta, Kiryat-arba, iaitu Hebron,+ dan Zior. Semuanya sembilan buah kota bersama dengan perkampungan di sekelilingnya. 55  Terdapat juga Maon,+ Karmel, Zif,+ Yuta, 56  Yizreel, Yokdeam, Zanoah, 57  Kain, Gibea, dan Timna.+ Semuanya 10 buah kota bersama dengan perkampungan di sekelilingnya. 58  Selain itu ada lagi Halhul, Bet-zur, Gedor, 59  Maarat, Bet-anot, dan Eltekon. Semuanya enam buah kota bersama dengan perkampungan di sekelilingnya. 60  Selain itu ada lagi Kiryat-baal, iaitu Kiryat-yearim,+ dan Raba. Jumlahnya dua buah kota bersama dengan perkampungan di sekelilingnya. 61  Kota-kota di padang belantara ialah Bet-araba,+ Midin, Sekhakha, 62  Nibsan, Kota Garam, dan En-gedi.+ Semuanya enam buah kota bersama dengan perkampungan di sekelilingnya. 63  Suku Yehuda tidak dapat mengusir+ orang Yebus+ yang tinggal di Yerusalem.+ Maka, orang Yebus masih tinggal di Yerusalem bersama-sama suku Yehuda sampai hari ini.

Nota Kaki

Lihat Kamus.
Iaitu, Laut Mediterranean.
Atau “Dataran Rendah.”
Atau “Dataran Rendah.”
Iaitu, Laut Mediterranean.
Atau mungkin, “Semasa di atas keldai, Akhsa bertepuk tangan.”
Atau “Negeb.”
Maksudnya “Kawasan yang Berair.”
Atau mungkin, “Gedera serta kandang bebiri di sekelilingnya.”
Iaitu, Laut Mediterranean.