Yosua 16:1-10

  • Warisan keturunan Yusuf (1-4)

  • Warisan suku Efraim (5-10)

16  Keturunan Yusuf+ menerima tanah setelah membuang undi.+ Tanah mereka bermula dari Sungai Yordan dekat Yerikho, sampai ke mata air di sebelah timur Yerikho. Sempadan tanah mereka melintasi padang belantara di hadapan Yerikho dan naik ke kawasan pergunungan di Bethel.+ 2  Dari Bethel yang berhampiran dengan Lus, sempadan itu menuju ke Atarot yang terletak di sempadan kawasan orang Arki. 3  Kemudian sempadan itu menuju ke barat dan turun ke sempadan kawasan orang Yaflet, sampai ke sempadan Bet-horon Hilir.+ Dari situ, sempadan itu menuju ke Gezer+ dan berakhir di Laut Tengah.* 4  Itulah tanah yang menjadi milik keturunan Yusuf,+ iaitu suku Manasye dan suku Efraim.+ 5  Berikut merupakan sempadan bagi kawasan yang menjadi warisan keluarga-keluarga dalam suku Efraim: Sempadan mereka di sebelah timur adalah dari Atarot-adar+ sampai ke Bet-horon Hulu.+ 6  Dari situ, sempadan itu menuju ke laut. Dari Mikhmetat+ di sebelah utara, sempadan itu membelok ke arah timur melalui Taanat-silo dan Yanoah. 7  Kemudian sempadan itu turun dari Yanoah ke Atarot dan Naara, lalu menuju ke Yerikho,+ dan sampai ke Sungai Yordan. 8  Dari Tapuah,+ sempadan mereka menuju ke barat sampai ke Wadi Kanah, dan berakhir di laut.+ Itulah tanah yang diberikan kepada keluarga-keluarga dalam suku Efraim sebagai warisan, 9  termasuk beberapa buah kota yang terletak di kawasan yang diwarisi oleh suku Manasye.+ Kota-kota itu dan perkampungan di sekelilingnya dimiliki oleh keturunan Efraim. 10  Namun orang Kanaan yang tinggal di Gezer+ tidak diusir. Sampai hari ini, orang Kanaan masih tinggal dalam kalangan orang Efraim,+ dan dipaksa bekerja sebagai hamba.+

Nota Kaki

Iaitu, Laut Mediterranean.