Yosua 17:1-18

  • Warisan suku Manasye di barat (1-13)

  • Tanah tambahan untuk keturunan Yusuf (14-18)

17  Manasye ialah anak sulung Yusuf.+ Setelah membuang undi,+ suku Manasye+ menerima tanah mereka. Makhir+ ialah anak sulung Manasye, dan juga bapa kepada Gilead. Oleh sebab Makhir ialah seorang pahlawan, Gilead dan Basan diberikan kepadanya.+  Setelah membuang undi, tanah juga diberikan kepada keluarga-keluarga lain daripada keturunan Manasye, iaitu keluarga Abi-ezer,+ Helek, Asriel, Sikhem, Hefer, dan Semida. Semua lelaki itu merupakan keturunan Manasye anak Yusuf, dan merupakan ketua keluarga masing-masing.+  Tetapi Zelafehad+ anak Hefer, cucu Gilead, tidak mempunyai anak lelaki. (Gilead ialah anak Makhir, cucu Manasye.) Zelafehad cuma mempunyai anak perempuan. Nama mereka ialah Mahla, Noa, Hogla, Milkah, dan Tirza.  Mereka menghadap Imam Eleazar,+ Yosua anak Nun, dan para pemimpin orang Israel lalu berkata, “Yehuwa memerintahkan Musa supaya memberi kami tanah warisan dalam kalangan saudara-saudara lelaki kami.”+ Oleh itu, sebagaimana yang diperintahkan oleh Yehuwa, mereka diberi tanah warisan dalam kalangan saudara-saudara lelaki bapa mereka.+  Selain Gilead dan Basan yang terletak di sebelah timur Sungai Yordan, terdapat 10 bahagian tanah yang diberikan kepada suku Manasye,+  kerana kaum wanita dalam suku Manasye juga menerima harta warisan seperti kaum lelaki. Tanah Gilead diberikan kepada keturunan Manasye yang lain.  Sempadan bagi kawasan suku Manasye adalah dari Asyer ke Mikhmetat,+ yang berhadapan dengan Sikhem.+ Dari situ, sempadan itu menuju ke arah selatan sampai ke kawasan penduduk En-tapuah.  Tanah di sekitar Tapuah+ menjadi milik suku Manasye, tetapi kota Tapuah yang terletak di sempadan kawasan suku Manasye menjadi milik keturunan Efraim.  Dari situ sempadan itu turun ke selatan, ke Wadi Kanah. Di situ, terdapat kota-kota suku Efraim yang terletak di antara kota-kota suku Manasye.+ Sempadan suku Manasye seterusnya mengikut bahagian utara wadi itu dan berakhir di Laut Tengah.*+ 10  Tanah di sebelah selatan menjadi milik suku Efraim, manakala tanah di sebelah utara menjadi milik suku Manasye. Laut Tengah menjadi sempadan kawasan suku Manasye.+ Di utara, sempadan mereka* sampai ke tanah suku Asyer; di timur, sempadan itu sampai ke tanah suku Isakhar. 11  Di kawasan Isakhar dan Asyer, suku Manasye diberi Bet-sean dan Yibleam+ bersama dengan pekan-pekan di sekelilingnya, termasuk juga penduduk dan pekan-pekan di sekitar Dor,+ En-dor,+ Taanakh,+ dan Megido. Tiga kawasan berbukit itu menjadi milik suku Manasye. 12  Tetapi suku Manasye tidak dapat mengusir orang Kanaan dari kota-kota itu kerana mereka berkeras untuk tinggal di situ.+ 13  Apabila orang Israel menjadi kuat, mereka tidak mengusir semua orang Kanaan itu.+ Sebaliknya orang Israel memaksa mereka bekerja sebagai hamba.+ 14  Keturunan Yusuf berkata kepada Yosua, “Mengapakah kami* hanya diberi satu bahagian tanah sebagai warisan?+ Bilangan kami sangat banyak kerana Yehuwa telah memberkati kami sampai sekarang.”+ 15  Yosua menjawab, “Jika bilangan kamu sangat banyak dan kawasan pergunungan di Efraim+ terlalu kecil untuk kamu, pergilah ke hutan di tanah orang Feris+ dan orang Refaim.+ Tebanglah pokok lalu bukalah petempatan baharu di sana.” 16  Kemudian keturunan Yusuf berkata, “Kawasan pergunungan tidak cukup besar untuk kami. Tambahan lagi semua orang Kanaan yang tinggal di kawasan lembah,* baik penduduk Bet-sean+ dan pekan-pekan di sekelilingnya mahupun penduduk Lembah* Yizreel,+ mempunyai kereta kuda+ yang rodanya dilengkapi dengan pedang besi.” 17  Yosua berkata kepada suku Efraim dan suku Manasye, iaitu keturunan Yusuf, “Bilangan kamu sangat banyak, dan kamu sangat kuat. Kamu tidak akan diberi satu bahagian tanah sahaja.+ 18  Sebaliknya, kawasan pergunungan juga akan menjadi milik kamu.+ Walaupun kawasan itu hutan, tebanglah pokok lalu bukalah petempatan baharu di situ. Kawasan itu akan menjadi sempadan wilayah kamu. Kamu akan mengusir orang Kanaan, walaupun mereka kuat dan mempunyai kereta kuda yang rodanya dilengkapi dengan pedang besi.”+

Nota Kaki

Iaitu, Laut Mediterranean.
Iaitu, penduduk Manasye atau kawasan Manasye.
Harfiah, “aku.”
Atau “dataran rendah.”
Atau “Dataran Rendah.”