Yosua 19:1-51
19 Setelah membuang undi, pembahagian kedua+ adalah untuk keluarga-keluarga dalam suku Simeon.+ Mereka menerima tanah yang terletak di dalam wilayah suku Yehuda.+
2 Tanah yang diwarisi oleh mereka merangkumi Beer-syeba,+ Syeba, Molada,+
3 Hazar-sual,+ Bala, Ezem,+
4 Eltolad,+ Betul, Horma,
5 Ziklag,+ Bet-markabot, Hazar-susa,
6 Bet-lebaot,+ dan Saruhen. Semuanya 13 buah kota bersama dengan perkampungan di sekelilingnya.
7 Selain itu, terdapat juga Ain, Rimon, Eter, dan Asan.+ Semuanya empat buah kota bersama dengan perkampungan di sekelilingnya.
8 Wilayah mereka meliputi semua perkampungan di sekitar kota-kota itu, sampai ke Baalat-beer, iaitu Rama di selatan. Itulah warisan bagi keluarga-keluarga dalam suku Simeon.
9 Keturunan Simeon diberi warisan daripada bahagian tanah keturunan Yehuda, kerana bahagian tanah itu terlalu besar untuk mereka. Itulah sebabnya keturunan Simeon menerima tanah di dalam wilayah suku Yehuda.+
10 Setelah membuang undi, pembahagian ketiga+ adalah untuk keluarga-keluarga keturunan Zebulon.+ Sempadan tanah mereka terbentang sampai ke Sarid.
11 Sempadan mereka menuju ke barat, ke Marala, lalu ke Dabeset, dan ke lembah* yang berhadapan dengan Yokneam.
12 Kemudian, dari Sarid, sempadan itu menghala ke arah matahari terbit, ke arah timur sampai ke sempadan Kislot-tabor dan ke Daberat,+ lalu naik ke Yafia.
13 Dari situ sempadan itu menuju ke arah matahari terbit, ke arah timur sampai ke Gat-hefer,+ Et-kazin, dan membelok ke Rimon, lalu menuju ke Nea.
14 Di sebelah utara, sempadan itu sampai ke Hanaton dan berakhir di Lembah Yiftah-el.
15 Tanah mereka juga meliputi Katat, Nahalal, Simron,+ Yidala, dan Betlehem.+ Semuanya 12 buah kota bersama dengan perkampungan di sekelilingnya.
16 Kota-kota itu dan perkampungan di sekelilingnya menjadi warisan bagi keluarga-keluarga keturunan Zebulon.+
17 Setelah membuang undi, pembahagian keempat+ adalah untuk keluarga-keluarga keturunan Isakhar.+
18 Sempadan kawasan mereka merangkumi Yizreel,+ Kesulot, Sunem,+
19 Hafaraim, Shion, Anaharat,
20 Rabit, Kisyon, Ebes,
21 Remet, En-ganim,+ En-hada, dan Bet-pazes.
22 Sempadan itu juga sampai ke Tabor,+ Sahazima, dan Bet-semes, lalu berakhir di Sungai Yordan. Semuanya 16 buah kota bersama dengan perkampungan di sekelilingnya.
23 Kota-kota itu dan perkampungan di sekelilingnya menjadi warisan bagi keluarga-keluarga dalam suku Isakhar.+
24 Setelah membuang undi, pembahagian kelima+ adalah untuk keluarga-keluarga dalam suku Asyer.+
25 Sempadan mereka merangkumi Helkat,+ Hali, Beten, Akhsaf,
26 Alamelekh, Amad, dan Misal. Sempadan itu menghala ke barat, ke Karmel,+ dan ke Shihor-libnat.
27 Kemudian sempadan itu membelok ke timur, ke Bet-dagon, dan menghala ke Zebulon dan sebelah utara Lembah Yiftah-el, lalu ke Bet-emek dan Neiel. Sempadan itu menghala ke sebelah kiri Kabul,
28 dan terbentang ke Ebron, Rehob, Hamon, dan Kanah, sampai ke Sidon Besar.+
29 Kemudian sempadan itu membelok ke Rama, sampai ke kota Tirus+ yang bertembok. Sempadan itu membelok ke Hosa, dan berakhir di laut di sekitar Akhzib,
30 Uma, Afek,+ dan Rehob.+ Semuanya 22 buah kota bersama dengan perkampungan di sekelilingnya.
31 Kota-kota itu dan perkampungan di sekelilingnya menjadi warisan bagi keluarga-keluarga dalam suku Asyer.+
32 Setelah membuang undi, pembahagian keenam+ adalah untuk keluarga-keluarga keturunan Naftali.
33 Sempadan mereka adalah dari Helef, dari pokok besar di Zaananim,+ dan menghala ke Adami-nekeb, Yabneel, dan Lakum. Sempadan itu berakhir di Sungai Yordan.
34 Kemudian sempadan itu membelok ke barat ke Aznot-tabor. Dari situ sempadan itu menghala ke Hukok. Zebulon terletak di sebelah selatan kawasan suku Naftali, Asyer di sebelah barat, dan Yehuda* di Sungai Yordan di sebelah timur.
35 Kota-kota yang bertembok ialah Zidim, Zer, Hamat,+ Rakat, Kineret,
36 Adama, Rama, Hazor,+
37 Kedes,+ Edrei, En-hazor,
38 Yiron, Migdal-el, Horem, Bet-anat, dan Bet-semes.+ Semuanya 19 buah kota bersama dengan perkampungan di sekelilingnya.
39 Kota-kota itu dan perkampungan di sekelilingnya menjadi warisan bagi keluarga-keluarga dalam suku Naftali.+
40 Setelah membuang undi, pembahagian ketujuh+ adalah untuk keluarga-keluarga dalam suku Dan.+
41 Sempadan tanah mereka meliputi Zora,+ Esytaol, Ir-semes,
42 Saalabin,+ Ayalon,+ Yitla,
43 Elon, Timna,+ Ekron,+
44 Elteke, Gibeton,+ Baalat,
45 Yehud, Bene-barak, Gat-rimon,+
46 Me-yarkon, dan Rakon. Sempadan itu melintasi kawasan yang berdekatan Yope.+
47 Tetapi wilayah suku Dan terlalu sempit bagi mereka.+ Oleh itu, mereka pergi ke Lesem,+ menawan kota itu, dan membunuh penduduknya dengan pedang. Mereka menakluki kota itu lalu tinggal di situ. Mereka menukar nama kota itu daripada Lesem menjadi Dan, menurut nama nenek moyang mereka.+
48 Kota-kota itu dan perkampungan di sekelilingnya menjadi warisan bagi keluarga-keluarga dalam suku Dan.
49 Setelah umat Israel selesai membahagikan tanah warisan itu mengikut wilayah masing-masing, mereka memberikan tanah yang ada di dalam kawasan mereka kepada Yosua anak Nun sebagai warisannya.
50 Sebagaimana yang diperintahkan oleh Yehuwa, mereka memberi Yosua kota yang dimintanya, iaitu Timnat-serah,+ yang terletak di kawasan pergunungan Efraim. Yosua membina semula kota itu lalu menetap di situ.
51 Demikianlah Imam Eleazar, Yosua anak Nun, dan para ketua puak dalam suku-suku Israel membahagikan tanah itu+ dengan membuang undi. Mereka berbuat demikian di Silo,+ di depan khemah pertemuan di hadapan Yehuwa.+ Maka selesailah pembahagian tanah itu.