Zakharia 1:1-21

  • Seruan untuk kembali kepada Yehuwa (1-6)

    • “Kembalilah kepada Aku, maka Aku akan kembali kepada kamu” (3)

  • Penglihatan 1: Penunggang-penunggang kuda di antara pokok-pokok mirtel (7-17)

    • ‘Yehuwa akan melegakan hati Sion lagi’ (17)

  • Penglihatan 2: Empat tanduk dan empat tukang (18-21)

1  Pada bulan kelapan tahun kedua pemerintahan Raja Darius,+ Yehuwa berfirman kepada Nabi Zakharia*+ anak Berekia, cucu Ido,  “Aku, Yehuwa, sangat murka terhadap nenek moyang kamu.+  “Beritahulah umat ini bahawa demikianlah firman Aku, Yehuwa, ketua angkatan syurga: ‘Akulah Yehuwa, ketua angkatan syurga. Kembalilah kepada Aku, maka Aku akan kembali kepada kamu.’+ Itulah firman Aku, Yehuwa, ketua angkatan syurga.  “Dahulu para nabi berkata kepada nenek moyang kamu, ‘Yehuwa, ketua angkatan syurga, berfirman, “Berpalinglah daripada haluan kamu yang jahat dan tinggalkanlah perbuatan kamu yang jahat.”’+ “‘Tetapi mereka tidak ambil peduli, dan mereka tidak mengendahkan Aku. Janganlah bersikap seperti mereka,’+ firman Yehuwa.  “‘Di manakah nenek moyang kamu sekarang? Dapatkah nabi-nabi itu hidup selama-lamanya? Mereka semua sudah tiada.  Namun, segala perintah dan peraturan-Ku yang disampaikan melalui para nabi, iaitu hamba-hamba-Ku, ternyata benar. Aku telah mengingatkan nenek moyang kamu apa yang akan berlaku jika mereka ingkar, dan tidakkah semua perkara itu benar-benar terjadi?’+ Kemudian, nenek moyang kamu bertaubat dan berkata, ‘Yehuwa, ketua angkatan syurga, telah melaksanakan apa yang ditentukan-Nya. Dia membalas kami setimpal dengan segala perbuatan kami.’”+  Pada hari ke-24 bulan Syebat,* iaitu bulan ke-11 dalam tahun kedua pemerintahan Darius,+ Nabi Zakharia anak Berekia, cucu Ido, menerima perkhabaran berikut daripada Yehuwa:  “Aku nampak suatu penglihatan pada waktu malam. Ada seorang lelaki menunggang seekor kuda merah. Dia berhenti di sebuah lembah, di antara pokok-pokok mirtel. Di belakangnya terdapat beberapa orang lagi yang menunggang kuda berwarna merah, perang, dan putih.”  Lalu aku bertanya, “Siapakah mereka tuan?” Malaikat yang bercakap dengan aku itu menjawab, “Aku akan menunjukkan kepada kamu siapa mereka ini.” 10  Lelaki yang berada di antara pokok-pokok mirtel itu berkata, “Merekalah yang diutus oleh Yehuwa untuk menjelajahi seluruh bumi.” 11  Lalu para penunggang kuda itu berkata kepada malaikat Yehuwa yang berdiri di antara pokok-pokok mirtel, “Kami telah menjelajahi seluruh bumi dan mendapati bahawa seluruh bumi tenang dan tenteram.”+ 12  Malaikat Yehuwa berkata, “Ya Yehuwa, ketua angkatan syurga, Engkau sudah murka terhadap Yerusalem dan kota-kota Yehuda+ selama 70 tahun. Sampai bilakah mereka harus menunggu belas kasihan-Mu?”+ 13  Dengan kata-kata yang ramah, Yehuwa melegakan hati malaikat yang bercakap kepada aku itu. 14  Kemudian malaikat tersebut berkata kepadaku, “Isytiharkanlah: ‘Demikianlah firman Yehuwa, ketua angkatan syurga: “Aku mengambil berat dan sangat mengasihi Yerusalem dan Sion.+ 15  Tetapi Aku sangat murka terhadap bangsa-bangsa yang berasa aman dan tenteram.+ Kemurkaan-Ku terhadap umat-Ku hanyalah sedikit,+ tetapi bangsa-bangsa itu membuat penderitaan umat-Ku bertambah parah lagi.”’+ 16  “Oleh itu, demikianlah firman Yehuwa: ‘Aku, Yehuwa, ketua angkatan syurga, mengisytiharkan, “Aku akan kembali ke Yerusalem dan menunjukkan belas kasihan terhadap penduduknya.+ Rumah-Ku akan dibina semula di situ,+ dan tali penyukat akan direntangkan supaya Yerusalem dibina semula.”’+ 17  “Isytiharkanlah hal ini juga: ‘Demikianlah firman Yehuwa, ketua angkatan syurga: “Sekali lagi kota-kota-Ku akan dipenuhi dengan segala yang baik. Aku, Yehuwa, akan melegakan hati Sion lagi,+ dan Yerusalem akan menjadi tempat pilihan-Ku sekali lagi.”’”+ 18  Kemudian aku nampak empat buah tanduk.+ 19  Lalu aku bertanya kepada malaikat yang bercakap kepadaku, “Apakah makna tanduk-tanduk itu?” Dia menjawab, “Tanduk-tanduk itu melambangkan kuasa yang mencerai-beraikan penduduk Yehuda,+ Israel,+ dan Yerusalem.”+ 20  Selanjutnya, Yehuwa menunjukkan kepadaku empat orang tukang yang mahir. 21  Aku bertanya, “Apakah tujuan mereka datang?” Dia menjawab, “Empat orang tukang itu datang untuk menakutkan bangsa-bangsa dan menjatuhkan tanduk mereka, yang telah mencerai-beraikan penduduk Yehuda. Dengan tanduk-tanduk itu, mereka telah menyerang negeri Yehuda dan mencerai-beraikan penduduknya sehingga tiada seorang pun yang dapat mengangkat kepalanya.”

Nota Kaki

Maksudnya “Yehuwa Telah Mengingati.”