Zakharia 11:1-17

  • Akibat buruk kerana menolak gembala Tuhan (1-17)

    • “Hendaklah engkau menggembala kawanan bebiri yang akan disembelih” (4)

    • Dua batang tongkat: Perkenan dan Perpaduan (7)

    • Upah gembala: 30 keping wang perak (12)

    • Wang itu dilemparkan ke dalam tempat penyimpanan harta (13)

11  “Hai Lebanon, bukalah pintu-pintumu,Supaya api dapat menghanguskan pokok sedarmu.   Hai pokok juniper, merataplah kerana pokok sedar sudah tumbang.Pokok-pokok yang megah sudah musnah! Hai pokok oak di Basan, merataplahKerana hutan yang tebal sudah binasa!   Dengarlah! Para gembala sedang meraungKerana kemuliaan mereka sudah hilang. Dengarlah! Anak-anak singa sedang mengaumKerana belukar yang tebal di sepanjang Sungai Yordan sudah musnah.  “Inilah yang difirmankan oleh Yehuwa, Tuhanku: ‘Hendaklah engkau menggembala kawanan bebiri yang akan disembelih.+  Orang yang membeli bebiri itu telah menyembelih semua bebiri itu,+ tetapi tidak dianggap bersalah. Orang yang menjual kawanan bebiri itu+ pula berkata, “Pujilah Yehuwa! Kayalah aku nanti.” Gembala-gembala itu langsung tidak mengasihani kawanan mereka.’+  “Yehuwa berfirman, ‘Aku tidak akan berbelas kasihan terhadap penduduk negeri ini lagi. Aku akan menyebabkan mereka saling menindas, dan mereka juga akan ditindas oleh raja mereka sendiri. Mereka akan menghancurkan negeri ini, dan Aku tidak akan menyelamatkan sesiapa pun daripada tangan mereka.’”  Aku mula menggembala kawanan bebiri yang akan disembelih.+ Aku melakukannya demi kebaikan kamu, hai bebiri yang ditindas. Aku mengambil dua batang tongkat: Yang satu aku namakan Perkenan dan yang satu lagi Perpaduan.+ Lalu aku mula menggembala kawanan itu.  Dalam masa satu bulan, aku memecat tiga orang gembala kerana aku hilang sabar terhadap mereka, dan mereka juga membenci aku.  Akhirnya aku berkata, “Aku tidak mahu menggembala kamu lagi. Yang akan mati, biarlah mati. Yang akan binasa, biarlah binasa. Yang masih hidup akan memakan daging satu sama lain.” 10  Kemudian aku mengambil tongkat yang dinamakan Perkenan+ lalu mematahkannya, maka berakhirlah perjanjian yang aku buat dengan seluruh bangsaku. 11  Demikianlah perjanjian itu dibatalkan pada hari itu. Apabila bebiri yang ditindas melihat aku berbuat demikian, mereka tahu bahawa semua yang berlaku itu telah difirmankan oleh Yehuwa. 12  Kemudian aku berkata kepada mereka, “Jika kamu sudi, bayarlah upahku. Jika tidak, biarlah.” Jadi, mereka memberi aku 30 keping wang perak sebagai upah.+ 13  Lalu Yehuwa berfirman kepadaku, “Alangkah bernilainya Aku dalam pandangan mereka! Lemparkan saja wang itu ke dalam tempat penyimpanan harta.”+ Maka aku mengambil 30 keping wang perak itu dan melemparkannya ke dalam tempat penyimpanan harta di Rumah Yehuwa.+ 14  Selepas itu, aku mematahkan tongkat kedua yang dinamakan Perpaduan,+ maka putuslah persaudaraan antara Yehuda dengan Israel.+ 15  Kemudian Yehuwa berfirman kepadaku, “Ambillah peralatan yang dimiliki gembala yang tidak berguna.+ 16  Aku akan melantik seorang gembala di negeri itu. Bebiri yang hampir mati tidak akan dijaganya,+ bebiri yang kecil tidak akan dicarinya, bebiri yang luka tidak akan diubatinya,+ dan bebiri yang sihat tidak akan diberi makanan olehnya. Sebaliknya, dia akan makan daging bebiri yang gemuk+ dan akan mencabut kuku bebiri.+ 17  Malanglah gembala-Ku yang tidak berguna itu!+ Dia meninggalkan kawanan bebirinya.+ Sebilah pedang akan mencederakan lengannya dan melukai mata kanannya. Lengannya akan lumpuh sepenuhnya,Dan mata kanannya akan menjadi buta.”

Nota Kaki