Zakharia 13:1-9

  • Patung berhala dan nabi palsu disingkirkan (1-6)

    • Para nabi palsu akan berasa malu (4-6)

  • Gembala akan diserang (7-9)

    • Satu pertiga penduduk akan dimurnikan (9)

13  “Pada masa itu, sebuah perigi akan digali untuk membersihkan dosa dan kenajisan keturunan Daud dan penduduk Yerusalem.”+  Yehuwa, ketua angkatan syurga, berfirman, “Pada masa itu, Aku akan menghapuskan nama-nama patung berhala di negeri ini,+ dan tiada sesiapa pun akan mengingati mereka lagi. Aku akan menghapuskan para nabi+ dan mereka yang cenderung melakukan perkara yang menjijikkan.  Jika sesiapa hendak bernubuat lagi, ibu bapa kandungnya akan berkata kepadanya, ‘Kamu harus dihukum mati kerana kamu mengucapkan dusta atas nama Yehuwa.’ Kemudian ibu bapa kandungnya akan menikam dia kerana dia telah bernubuat tentang hal-hal yang palsu.+  “Pada masa itu, para nabi akan berasa malu dengan penglihatan dan nubuat mereka sendiri. Mereka tidak akan memakai pakaian yang diperbuat daripada bulu binatang+ untuk menipu orang.  Setiap nabi akan berkata, ‘Aku bukan nabi. Aku hanya mengusahakan tanah kerana aku sudah dibeli sebagai hamba sejak muda lagi.’  Jika ada orang bertanya, ‘Mengapakah tubuhmu ada luka?’* dia akan menjawab, ‘Aku mendapat luka ini semasa di rumah kawanku.’”*   Yehuwa, ketua angkatan syurga, berfirman, “Hai pedang, bangkitlah dan seranglah gembala-Ku,+Yang merupakan sahabat-Ku. Seranglah gembala+ itu dan biarlah kawanan itu tercerai-berai.+Tangan-Ku akan menentang mereka yang dipandang rendah.”   Yehuwa berfirman,“Dua pertiga daripada penduduk negeri ini akan mati dibunuh,Dan satu pertiga lagi akan terus tinggal di sini.   Sebagaimana emas dan perak dimurnikan oleh api,Aku akan menguji mereka yang masih tinggal+Dan memurnikan mereka. Mereka akan menyeru nama-Ku,Dan Aku akan menjawab. Aku akan berkata, ‘Merekalah umat-Ku,’+ Lalu mereka akan berkata, ‘Yehuwalah Tuhan kami.’”

Nota Kaki

Atau “Luka apakah yang ada di antara bahumu?” Iaitu, luka pada dada atau belakang badan.
Atau “rumah orang yang mengasihiku.”