Zakharia 2:1-13

  • Penglihatan 3: Seorang lelaki memegang tali penyukat (1-13)

    • Yerusalem diukur (2)

    • Yehuwa ‘menjadi tembok api yang mengelilingi Yerusalem’ (5)

    • Menyentuh biji mata Tuhan (8)

    • Banyak bangsa akan berpihak kepada Yehuwa (11)

2  Kemudian aku nampak seorang lelaki yang memegang tali penyukat.+  Maka aku bertanya, “Kamu hendak ke mana?” Dia menjawab, “Aku hendak mengukur Yerusalem. Aku ingin tahu panjang dan lebar kota itu.”+  Kemudian, malaikat yang bercakap dengan aku tadi beredar. Semasa dia beredar, satu malaikat lain datang menemuinya  lalu berkata kepadanya, “Larilah ke situ dan beritahulah lelaki muda itu, ‘“Yerusalem akan menjadi seperti perkampungan+ yang tidak bertembok kerana kota itu akan penuh dengan penduduk dan ternakan.+  Aku akan menjadi tembok api yang mengelilinginya,+ dan kemuliaan-Ku akan memenuhi kota itu.” Itulah firman Yehuwa.’”+  Yehuwa berfirman, “Marilah, hai kamu yang telah Aku cerai-beraikan ke merata tempat!”+ Yehuwa berfirman lagi, “Larikanlah diri dari negeri di utara!”+  Hai penduduk Sion yang tinggal di Babilon, larilah dari situ!+  Setelah Tuhan dimuliakan, Dia telah mengutus aku kepada bangsa-bangsa yang merampas harta milik kamu, kerana Yehuwa, ketua angkatan syurga, telah berfirman,+ “Sesiapa yang menyentuh kamu, menyentuh biji mata-Ku.+  Sekarang tangan-Ku akan menentang mereka, dan hamba mereka sendiri akan merampas harta milik mereka.”+ Ketika itu, kamu akan tahu bahawa aku telah diutus oleh Yehuwa, ketua angkatan syurga. 10  “Bersoraklah dengan gembira hai penduduk Sion!+ Aku akan datang+ dan tinggal dalam kalangan kamu,”+ firman Yehuwa. 11  “Pada hari itu, banyak bangsa akan berpihak kepada Aku, Yehuwa, dan menjadi umat-Ku.+ Aku akan tinggal dalam kalangan kamu.” Ketika itu, kamu akan tahu bahawa Yehuwa, ketua angkatan syurga, telah mengutus aku kepada kamu. 12  Yehuwa akan menjadikan Yehuda sebagai milik-Nya di tanah-Nya yang suci, dan Yerusalem akan menjadi tempat pilihan-Nya semula.+ 13  Hai segenap umat manusia, hendaklah kamu berdiam diri di hadapan Yehuwa kerana Dia sudah berangkat dari tempat kediaman-Nya yang suci dan bakal bertindak.

Nota Kaki