Zakharia 3:1-10

  • Penglihatan 4: Pakaian imam agung ditukar (1-10)

    • Syaitan menentang Imam Agung Yosua (1)

    • “Aku akan mengutus hamba-Ku yang dipanggil Tunas” (8)

3  Dia kemudiannya menunjukkan Imam Agung Yosua kepadaku.+ Yosua sedang berdiri di hadapan malaikat Yehuwa, manakala Syaitan+ sedang berdiri di sebelah kanan Yosua dan hendak menentangnya.  Kemudian malaikat Yehuwa berkata kepada Syaitan, “Hai Syaitan,+ semoga Yehuwa menegur kamu. Semoga Yehuwa, yang telah memilih Yerusalem,+ menegur kamu! Tidakkah orang ini bagaikan sebatang kayu yang disambar keluar daripada api?”  Pada masa itu, Yosua memakai pakaian yang kotor dan berdiri di hadapan malaikat.  Malaikat itu berkata kepada para pembantunya, “Tanggalkan pakaiannya yang kotor itu.” Kemudian dia berkata kepada Yosua, “Lihatlah! Dosa kamu telah aku singkirkan. Kamu akan diberi pakaian yang bermutu tinggi.”+  Kemudian aku berkata, “Pakaikanlah serban yang bersih di atas kepalanya.”+ Lalu mereka memakaikan serban yang bersih di atas kepalanya dan mengenakan pakaian yang bermutu tinggi padanya. Ketika itu, malaikat Yehuwa sedang berdiri di situ.  Kemudian malaikat Yehuwa berkata kepada Yosua,  “Demikianlah firman Yehuwa, ketua angkatan syurga: ‘Jika engkau menurut kehendak-Ku dan melaksanakan tanggungjawab yang Aku berikan, engkau boleh menjadi hakim di dalam Rumah-Ku+ dan mengurus halamannya. Aku akan mengizinkan engkau menghadap-Ku pada bila-bila masa, seperti yang dapat dilakukan oleh para malaikat yang berada di hadirat-Ku.’  “‘Dengarlah, hai Imam Agung Yosua! Kamu dan para imam yang duduk di hadapanmu akan menjadi tanda tentang apa yang akan berlaku pada masa depan. Aku akan mengutus hamba-Ku+ yang dipanggil Tunas.+  Lihatlah batu yang Aku letakkan di hadapan Yosua! Pada batu itu terdapat tujuh mata.* Aku akan mengukir tulisan-tulisan pada batu itu, dan Aku akan menyingkirkan dosa negeri itu dalam masa sehari,’ firman Yehuwa, ketua angkatan syurga.+ 10  “‘Pada hari itu, kamu masing-masing akan menjemput jiran kamu untuk berteduh di bawah pokok anggur dan pokok ara kamu,’ firman Yehuwa, ketua angkatan syurga.”+

Nota Kaki

Mungkin bermaksud bahawa batu itu diperhatikan oleh tujuh mata.