Zakharia 9:1-17

  • Tuhan akan menghukum bangsa-bangsa jiran (1-8)

  • Raja Sion akan datang (9, 10)

    • Raja yang rendah hati menunggang keldai (9)

  • Umat Yehuwa akan dibebaskan (11-17)

9  Berikut merupakan perkhabaran Tuhan: “Aku, Yehuwa, akan menghukum negeri Hadrakh,Dan Damsyik ialah sasaran hukuman-Ku.+Mata Aku, Yehuwa, memperhatikan semua manusia,+Termasuk suku-suku Israel.   Hamat,+ negeri jirannya,* juga akan dihukum;Demikian juga dengan Tirus+ dan Sidon,+ kerana penduduk kota-kota itu begitu bijaksana.+   Tirus telah membina kubu-kubunya. Perak yang dikumpulkannya begitu banyak seperti debu,Dan emas yang disimpannya banyak bagaikan tanah di jalan.+   Aku, Yehuwa, akan merampas harta milik Tirus;Tenteranya pula akan dikalahkan dan dihumban ke dalam laut.*+Kota itu akan musnah dijilat api.+   Kota Askelon akan melihatnya lalu menjadi takut;Kota Gaza akan berasa amat terseksa setelah menyaksikannya,Begitu juga dengan Ekron, kerana harapannya telah hancur. Raja di Gaza akan lenyap,Dan Askelon tidak akan didiami lagi.+   Pendatang asing akan menduduki Asdod,Dan Aku akan mematahkan keangkuhan orang Filistin.+   Aku akan menyingkirkan daging yang masih berdarah daripada mulut mereka,Dan membuang makanan yang menjijikkan daripada celah gigi mereka.Orang yang masih hidup dalam kalangan mereka akan menjadi milik-Ku.Mereka akan menjadi seperti ketua suku di Yehuda,+Dan orang Ekron akan menjadi seperti orang Yebus.+   Aku akan berkawal di luar rumah-Ku untuk mempertahankannya,+Supaya tiada orang yang dapat masuk atau keluar.Penindas tidak akan dibenarkan menceroboh lagi,+Kerana Aku sudah melihat penderitaan umat-Ku.   Bersukacitalah, hai kota Sion! Bersoraklah dengan gembira, hai kota Yerusalem! Lihatlah, rajamu datang!+ Dia adil dan akan menyelamatkanmu.*Dengan rendah hati,+ dia datang dengan menunggang seekor keldai jantan.Ya, dia menunggang seekor keldai muda.+ 10  Kereta kuda yang digunakan dalam peperangan, akan Aku lenyapkan dari Efraim,Begitu juga dengan kuda di Yerusalem. Busur yang digunakan dalam peperangan akan dimusnahkan. Rajamu akan mengisytiharkan kedamaian kepada bangsa-bangsa;+Kerajaannya akan terbentang dari laut ke laut,Dari Sungai Efrat sampai ke hujung bumi.+ 11  Hai Sion, kerana darah yang mengesahkan perjanjian antara Aku denganmu,Aku akan membebaskan pendudukmu yang terkurung dalam lubang kering.+ 12  Hai para tawanan yang mempunyai harapan, kembalilah ke kubu perlindungan kamu.+ Hai Sion, Aku memberitahu engkau hari ini,‘Aku akan memberkatimu sebanyak dua kali ganda.+ 13  Yehuda akan menjadi seperti busur yang Aku lengkungkan. Efraim akan menjadi seperti anak panah-Ku.Hai Sion, engkau akan menjadi seperti pedang seorang pahlawan.Aku akan membangkitkan pendudukmuUntuk menyerang orang Yunani.’ 14  Aku, Yehuwa, akan menunjukkan bahawa Aku menyertai umat-Ku;Anak panah yang Aku lepaskan akan terbang sepantas kilat. Aku, Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, akan meniup trompet,+Dan Aku akan maju dengan angin ribut dari selatan. 15  Aku, Yehuwa, ketua angkatan syurga, akan mempertahankan mereka.Musuh yang melontarkan batu kepada mereka akan ditundukkan dan dibinasakan.+ Mereka akan bergembira dan bersorak-sorak, seolah-olah mereka telah minum wain.Mereka akan berasa puas seperti mangkuk yang telah diisi,Dan seperti sudut-sudut mazbah yang dilumuri darah.+ 16  Pada hari itu, Aku, Yehuwa, Tuhan mereka, akan menyelamatkan mereka,Sebagaimana seorang gembala menyelamatkan kawanan bebirinya.+Mereka akan bersinar-sinar di tanah-Ku seperti permata pada mahkota.+ 17  Keagungan-Ku tiada tandingnya,+Kebaikan-Ku sungguh menakjubkan! Pemuda dan pemudi akan bertambah kuatDengan adanya bijirin dan wain baharu.”+

Nota Kaki

Mungkin merujuk kepada negeri Hadrakh atau Damsyik.
Atau mungkin, “Tenteranya akan dikalahkan di laut.”
Atau “dan sudah meraih kemenangan.”