Zefanya 3:1-20
3 Malanglah kota yang memberontak, yang tercemar, dan yang menindas penduduknya!+
2 Kota itu tidak mahu mendengar nasihat+ dan tidak mahu ditegur ajar.*+
Kota itu tidak bergantung pada Yehuwa+ dan tidak menghampiri Tuhannya.+
3 Para pemimpinnya bagaikan singa yang mengaum.+
Para hakimnya seperti serigala yang memburu pada waktu malam,Yang tidak meninggalkan seketul tulang pun untuk keesokan pagi.
4 Para nabinya bongkak dan licik.+
Para imamnya mencemari apa yang suci,+Dan mereka melanggar hukum.+
5 Yehuwa ada di kota itu. Dia adil+ dan tidak pernah berbuat salah.
Sebagaimana fajar pasti menyingsing,Tuhan pasti menyatakan keadilan-Nya+ setiap pagi.
Namun orang jahat tidak tahu malu.+
6 “Aku telah memusnahkan banyak bangsa dan menyebabkan menara-menara* mereka terbiar.
Aku menghancurkan jalan-jalan mereka sehingga tiada orang melaluinya.
Kota-kota mereka kini hanya reruntuhan yang tidak berpenduduk.+
7 Aku berfikir, ‘Sudah pasti engkau akan takut dan hormat kepada-Ku, serta menerima disiplin.’+
Jika demikian, engkau tidak akan dibinasakan.+Tetapi pendudukmu lebih giat berbuat jahat.
Oleh itu, Aku akan menghukum mereka atas segala dosa mereka.+
8 Aku, Yehuwa berfirman, ‘Teruslah menantikan Aku+Sehingga harinya Aku bertindak untuk mengambil barang rampasan.*Aku telah membuat keputusan* untuk mengumpulkan bangsa-bangsa dan kerajaan-kerajaan,Dan menimpakan kemurkaan-Ku yang bernyala-nyala kepada mereka.+Seluruh bumi akan dihanguskan oleh kemurkaan-Ku* yang berkobar-kobar.+
9 Pada masa itu, Aku akan mengajar bangsa-bangsa untuk menuturkan bahasa yang murni,Agar mereka semua menyeru nama Aku, Yehuwa,Dan berganding bahu untuk berkhidmat kepada-Ku.’*+
10 Dari kawasan sungai di Etiopia,*Mereka yang merayu kepada-Ku, iaitu umat-Ku yang tercerai-berai, akan membawa persembahan kepada-Ku.+
11 Pada hari itu, engkau tidak perlu berasa maluAtas semua perbuatanmu semasa engkau memberontak terhadap Aku.+Aku akan menyingkirkan semua orang yang sombong dan angkuh dalam kalanganmu.Engkau tidak akan bersikap angkuh lagi di gunung-Ku yang suci.+
12 Aku akan membiarkan orang yang rendah hati dan lemah lembut untuk tinggal dalam kalanganmu.+Mereka akan menjadikan nama Aku, Yehuwa, tempat perlindungan mereka.
13 Orang Israel yang terselamat+ tidak akan berbuat jahat.+Mereka tidak akan berdusta atau menggunakan lidah untuk memperdaya orang.Mereka akan makan* lalu berbaring, dan tidak ada sesiapa yang akan membuat mereka takut.”+
14 Bersoraklah, hai Sion!
Berserulah dengan gembira, hai Israel!+
Bersukacitalah dan bergembiralah dengan sepenuh hatimu, hai Yerusalem!+
15 Yehuwa tidak akan menghukummu lagi.+
Dia telah mengusir musuhmu.+
Yehuwa, Raja orang Israel, menyertaimu.+
Engkau tidak lagi perlu takut akan malapetaka.+
16 Pada hari itu, Aku akan berkata kepada Yerusalem,
“Hai Sion, janganlah gentar.+
Janganlah membiarkan tanganmu menjadi lenguh.
17 Aku, Yehuwa, Tuhanmu, menyertaimu.+
Aku perkasa dan Aku akan menyelamatkanmu.
Aku akan bergembira keranamu,+
Dan berpuas hati* kerana kasih-Ku terhadapmu.
Aku akan bersorak dengan riang keranamu.
18 Orang yang bersedih kerana tidak dapat menghadiri perayaan di tempatmu, akan Aku kumpulkan;+Mereka tidak dapat hadir kerana menanggung hinaan di negeri asing.+
19 Pada masa itu, Aku akan menghukum semua orang yang menindasmu.+Aku akan menyelamatkan orang yang tempang,+Dan mengumpulkan mereka yang tercerai-berai.+
Aku akan menyebabkan mereka dipuji dan disanjungDi tempat-tempat mereka pernah dimalukan dahulu.
20 Pada masa itu, Aku akan mengumpulkan pendudukmuDan membawa mereka pulang.
Engkau akan melihat Aku membawa pulang pendudukmu yang ditawan.Pada masa itu, Aku akan membuat semua penduduk bumi memuji+ dan menyanjungmu.” Demikianlah firman Yehuwa.+
Nota Kaki
^ Atau “tidak mahu menerima disiplin.”
^ Atau “menara-menara di sudut tembok.”
^ Atau mungkin, “Aku bangkit sebagai saksi.”
^ Atau “ketetapan.”
^ Atau “semangat-Ku.”
^ Atau “bersatu padu untuk menyembah Aku.”
^ Atau “Habsyah.”
^ Atau “Mereka akan menjadi seperti biri-biri yang makan rumput.”
^ Atau “berdiam diri; berasa tenang.”