Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

SOALAN 18

Bagaimanakah Anda Dapat Menghampiri Tuhan?

“Ya Tuhan, Engkau ialah Pendengar doa; segala macam orang akan datang kepada-Mu.”

Mazmur 65:2

“Percayalah kepada Yehuwa dengan sepenuh hatimu, dan janganlah bergantung pada pengertianmu sendiri. Ingatlah akan Dia dalam segala perbuatanmu, dan Dia akan meluruskan jalan hidupmu.”

Amsal 3:5, 6

“Jika orang mengenal Engkau, satu-satunya Tuhan yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang Engkau utus, maka mereka mendapat kehidupan kekal.”

Yohanes 17:3

“[Tuhan] sebenarnya tidak jauh daripada kita masing-masing.”

Kisah 17:27

“Aku terus berdoa agar kasih kamu akan semakin bertambah dan disertai dengan pengetahuan yang tepat dan daya pertimbangan yang baik.”

Filipi 1:9

“Jika ada sesiapa antara kamu yang kurang bijaksana, hendaklah dia terus meminta kebijaksanaan daripada Tuhan. Tuhan tidak akan memarahinya. Sebaliknya, Tuhan akan menunaikan permintaannya kerana Dia murah hati terhadap semua orang.”

Yakobus 1:5

“Hampirilah Tuhan dan Dia pun akan menghampiri kamu. Basuhlah tangan kamu, hai orang yang berdosa, dan murnikanlah hati kamu, hai orang yang tidak tetap pendirian.”

Yakobus 4:8

“Mengasihi Tuhan bererti mematuhi perintah-Nya. Perintah-Nya pun tidak membebankan.”

1 Yohanes 5:3