Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

SOALAN 5

Apakah Mesej Bible?

“Aku akan membuat engkau dan wanita itu bermusuhan, dan Aku akan membuat keturunanmu dan keturunannya bermusuhan. Dia akan meremukkan kepalamu, dan engkau akan mencederakan tumitnya.”

Kejadian 3:15

“Melalui keturunanmu, semua bangsa di bumi akan meraih berkat, kerana engkau telah mendengar kata-kata-Ku.”

Kejadian 22:18

“Datanglah Kerajaan-Mu. Semoga kehendak-Mu terlaksana di bumi seperti di syurga.”

Matius 6:10

“Tuhan yang memberikan kedamaian akan menghancurkan Syaitan di bawah kaki kamu tidak lama lagi.”

Roma 16:20

“Setelah segala sesuatu ditundukkan kepadanya, Anak sendiri akan tunduk kepada Tuhan yang menjadikan segala sesuatu tunduk kepadanya. Dengan ini, Tuhan akan menjadi satu-satunya Pemerintah atas semuanya.”

1 Korintus 15:28

“Janji-janji Tuhan telah disampaikan kepada Abraham dan kepada seorang keturunannya . . . , iaitu Kristus. Jika kamu milik Kristus, kamu sememangnya keturunan Abraham.”

Galatia 3:16, 29

“Kerajaan Tuhan kita dan Kristus-Nya sedang memerintah dunia, dan Dia akan memerintah sebagai raja buat selama-lamanya.”

Wahyu 11:15

“Jadi, naga besar itu dibuang ke bawah. Naga itu ialah ular tua yang dipanggil Iblis dan Syaitan, yang sedang menyesatkan seluruh dunia. Naga itu dibuang ke bumi, dan malaikat-malaikatnya juga dibuang ke bumi bersamanya.”

Wahyu 12:9

“Malaikat itu menangkap naga itu, iaitu ular tua yang merupakan Iblis dan Syaitan, lalu mengikatnya selama 1,000 tahun.”

Wahyu 20:2