SOALAN 7
Apakah yang Dinubuatkan dalam Bible tentang Zaman Kita?
“Satu bangsa akan menyerang bangsa yang lain, dan satu kerajaan akan menyerang kerajaan yang lain . . . Semua perkara ini hanyalah permulaan kesusahan, seperti kesakitan yang dialami oleh seorang wanita yang akan bersalin.”
“Banyak nabi palsu akan muncul dan menyesatkan banyak orang. Oleh sebab kejahatan semakin bertambah, kasih kebanyakan orang akan mendingin.”
“Semasa kamu mendengar tentang peperangan di pelbagai tempat, janganlah takut. Semua perkara ini mesti berlaku, tetapi akhir masih belum tiba.”
“Gempa bumi yang dahsyat akan berlaku. Selain itu, kebuluran dan wabak akan terjadi secara berturut-turut di merata tempat, dan orang akan melihat kejadian yang menakutkan dan tanda-tanda yang luar biasa dari langit.”
“Pada hari-hari terakhir, akan tiba masa genting yang sukar dihadapi. Manusia akan mencintai diri sendiri, mencintai wang, bercakap besar, bersikap angkuh, dan menghina Tuhan. Mereka tidak mematuhi ibu bapa, tidak tahu berterima kasih, tidak setia, tidak memiliki kasih sayang, tidak mahu dibawa berbincang, suka memfitnah, tidak tahu mengawal diri, garang, dan tidak mencintai kebaikan. Mereka juga suka berkhianat, keras kepala, sombong, dan mencintai kesenangan tetapi tidak mencintai Tuhan. Di depan orang lain mereka nampaknya beribadat kepada Tuhan, tetapi mereka tidak hidup sesuai dengan ibadat mereka.”