SOALAN 6
Apakah yang Dinubuatkan dalam Bible tentang Mesias?
NUBUAT
“Hai Betlehem Efrata, . . . daripadamu akan bangkit seorang pemerintah Israel.”
PELAKSANAAN
“Yesus dilahirkan di Betlehem yang terletak di Yudea. . . . Kemudian, beberapa orang ahli nujum dari Timur datang ke Yerusalem.”
NUBUAT
“Mereka membahagi-bahagikan jubahku dan membuang undi untuk pakaianku.”
PELAKSANAAN
‘Mereka mengambil jubah luarnya dan membahagikannya menjadi empat bahagian. Tetapi jubah dalamnya diperbuat daripada sehelai kain yang ditenun dari atas sampai ke bawah tanpa jahitan. Maka mereka berkata, “Janganlah kita mengoyakkan jubah ini. Marilah kita buang undi untuk menentukan siapa yang patut memilikinya.”’
NUBUAT
“Tuhan memelihara semua tulangnya; tidak ada satu pun daripada tulangnya yang dipatahkan.”
PELAKSANAAN
“Tetapi apabila mereka sampai kepada Yesus, mereka nampak bahawa dia sudah meninggal. Oleh itu mereka tidak mematahkan kakinya.”
NUBUAT
“Dia ditusuk kerana dosa kami.”
PELAKSANAAN
“Salah seorang askar menusukkan tombaknya ke bahagian rusuk Yesus, dan pada saat itu juga darah dan air keluar.”
NUBUAT
“Mereka memberi aku 30 keping wang perak sebagai upah.”
PELAKSANAAN
“Yudas Iskariot pergi berjumpa dengan ketua-ketua imam. Dia berkata, ‘Apakah yang akan kamu berikan kepadaku jika aku mengkhianati Yesus dan menyerahkannya kepada kamu?’ Mereka berjanji untuk memberinya 30 keping wang perak.”