BAHAGIAN 10

Apakah Masa Depan Orang yang Mendengar Cakap Tuhan?

Apakah Masa Depan Orang yang Mendengar Cakap Tuhan?

Kebanyakan orang mati akan hidup semula di bumi. Kisah 24:15

Bayangkan berkat-berkat yang akan anda nikmati jika anda mendengar cakap Yehuwa! Anda akan sihat kerana tiada lagi penyakit atau kecacatan. Anda boleh mempercayai semua orang kerana tiada lagi orang jahat.

Tiada lagi kesakitan, kesedihan, atau tangisan. Tiada orang akan menjadi tua lalu mati.

Anda akan hidup bersama sahabat dan sanak saudara. Anda akan gembira sekali di Firdaus.

Orang tidak perlu takut lagi. Kehidupan mereka akan benar-benar bahagia.

Kerajaan Tuhan akan mengakhiri segala penderitaan. Wahyu 21:3, 4