BAHAGIAN 9

Bilakah Bumi Akan Menjadi Firdaus?

Bilakah Bumi Akan Menjadi Firdaus?

Masalah-masalah di bumi membuktikan bahawa Kerajaan Tuhan akan datang. Lukas 21:10, 11; 2 Timotius 3:1-5

Awal-awal lagi, Bible sudah menyatakan banyak perkara yang akan terjadi pada hari ini. Menurut Bible, orang akan bersikap tamak, melawan ibu bapa, kejam, dan menyukai kesenangan.

Akan berlaku gempa bumi yang besar, peperangan, kekurangan makanan, dan wabak penyakit. Hal-hal tersebut sedang berlaku hari ini.

Yesus juga mengatakan bahawa berita baik tentang Kerajaan Tuhan akan disebarkan ke seluruh bumi.​—Matius 24:14.

Kerajaan Tuhan akan melenyapkan segala kejahatan. 2 Petrus 3:13

Tidak lama lagi, Yehuwa akan memusnahkan semua orang jahat.

Syaitan dan roh-roh jahat akan dihukum.

Orang yang mendengar cakap Tuhan akan diselamatkan dan hidup di dunia baru yang adil benar. Pada masa itu, mereka tidak perlu takut lagi kerana semua orang akan saling mempercayai dan mengasihi.