BAHAGIAN 3

Bagaimanakah Kehidupan di Firdaus?

Bagaimanakah Kehidupan di Firdaus?

Yehuwa memberi Adam dan Hawa banyak kurniaan. Kejadian 1:28

Yehuwa telah menciptakan wanita pertama yang bernama Hawa lalu menjadikannya isteri Adam.​—Kejadian 2:21, 22.

Yehuwa memberi mereka minda dan tubuh yang sempurna. Mereka tidak mempunyai kecacatan.

Mereka tinggal di taman Eden. Taman itu sebuah Firdaus yang sangat indah​—terdapat sungai, pokok yang berbuah, dan binatang.

Yehuwa bercakap kepada mereka dan mengajar mereka. Jika Adam dan Hawa mendengar cakap-Nya, mereka dapat hidup selama-lamanya di bumi Firdaus.

Tuhan melarang mereka memakan buah daripada sebatang pokok. Kejadian 2:16, 17

Salah satu malaikat telah memberontak terhadap Tuhan. Malaikat jahat itu ialah Syaitan Si Iblis.

Yehuwa menunjukkan sebatang pokok kepada Adam dan Hawa. Dia memberitahu mereka bahawa jika mereka memakan buah daripada pokok itu, mereka akan mati.

Syaitan ingin Adam dan Hawa melawan cakap Yehuwa. Jadi dia menggunakan seekor ular untuk memberitahu Hawa bahawa dia tidak akan mati jika memakan buah daripada pokok itu, tetapi akan menjadi seperti Tuhan. Syaitan memang berbohong.​—Kejadian 3:1-5.