BAHAGIAN 14

Bagaimanakah Anda Dapat Menunjukkan Kesetiaan kepada Yehuwa?

Bagaimanakah Anda Dapat Menunjukkan Kesetiaan kepada Yehuwa?

Berpihaklah kepada Tuhan. 1 Petrus 5:6-9

Jangan menyertai sebarang adat resam yang bertentangan dengan ajaran Bible. Untuk berbuat demikian, anda memerlukan keberanian.

Jangan mencampuri hal-hal politik dunia. Orang yang berbuat demikian tidak menyokong Yehuwa dan Kerajaan-Nya.

Buatlah pilihan yang bijak​—dengarlah cakap Tuhan. Matius 7:24, 25

Bergaul dengan Saksi-Saksi Yehuwa, mereka akan membantu anda menghampiri Tuhan.

Teruslah mengenal Tuhan dan berusaha mematuhi perintah-Nya.

Apabila kepercayaan anda bertambah kukuh, anda patut membaktikan diri kepada Yehuwa lalu dibaptis.​—Matius 28:19.

Dengarlah cakap Tuhan. Bacalah Bible, dan minta Saksi-Saksi Yehuwa membantu anda untuk memahaminya. Selepas itu, jika anda mengamalkan apa yang dipelajari, anda akan hidup selama-lamanya.​—Mazmur 37:29.