Tiga hari selepas Yesus mati, beberapa orang wanita melawat kuburnya dan mendapati kuburnya kosong. Yehuwa telah membangkitkan Yesus.
Kemudian, Yesus muncul di hadapan rasul-rasulnya.
Yehuwa telah membangkitkan Yesus dan menjadikannya makhluk roh yang perkasa dan tidak boleh mati. Pengikut-pengikut Yesus melihatnya kembali ke syurga.
Tuhan membangkitkan Yesus dan menjadikannya Raja Kerajaan Tuhan. Daniel 7:13, 14
Yesus mengorbankan nyawanya untuk menyelamatkan manusia. (Matius 20:28) Dengan ini, Tuhan memberi kita peluang untuk hidup selama-lamanya.
Yehuwa melantik Yesus sebagai Raja ke atas bumi. Yesus akan memerintah bersama 144,000 orang dari bumi yang telah dibangkitkan ke syurga. Mereka akan membentuk Kerajaan Tuhan di syurga.—Wahyu 14:1-3.
Kerajaan Tuhan akan menjadikan bumi ini sebuah firdaus. Peperangan, jenayah, kemiskinan, dan kelaparan akan lenyap. Semua orang akan hidup bahagia.—Mazmur 145:16.
Anda mungkin pernah mendengar bahawa dia mati untuk menebus dosa kita. Namun dapatkah kematian satu orang benar-benar membawa manfaat kepada jutaan orang?
Kami mengalu-alukan anda untuk menghadiri sambutan yang istimewa ini bersama-sama kami. Anda akan mempelajari bagaimana kehidupan dan kematian Yesus membawa manfaat kepada anda.