BAHAGIAN 12

Apakah Rahsia Kebahagiaan Keluarga?

Apakah Rahsia Kebahagiaan Keluarga?

Kasih ialah kunci kebahagiaan keluarga. Efesus 5:33

Menurut perintah Tuhan, perkahwinan merupakan ikatan antara seorang lelaki dan seorang wanita.

Suami yang pengasih akan bersikap lembut dan memahami perasaan isterinya.

Isteri patut bekerjasama dengan suaminya.

Anak-anak harus mematuhi ibu bapa.

Jadilah orang yang baik hati dan setia. Kolose 3:5, 8-10

Firman Tuhan mengatakan bahawa suami patut mengasihi isterinya seperti tubuh sendiri, dan isteri patut menghormati suaminya secara mendalam.

Hubungan seks luar nikah adalah salah. Suami dan isteri mesti setia kepada satu sama lain.

Firman Yehuwa mengajarkan cara membina keluarga yang bahagia.