Berita Baik daripada Tuhan!

Apakah berita baik yang disampaikan oleh Tuhan? Mengapakah kita boleh mempercayainya? Brosur ini akan menjawab soalan-soalan yang sering ditanya tentang Bible.

Cara Memanfaatkan Brosur Ini

Brosur ini akan membantu anda menikmati pembelajaran Firman Tuhan, Bible. Pelajarilah bagaimana anda boleh menggunakan Bible anda untuk mencari ayat rujukan daripada Bible.

PELAJARAN 1

Apakah Berita Baik tentang Masa Depan?

Pelajarilah tentang berita yang disampaikan oleh Tuhan, mengapa berita ini begitu penting, dan apa yang harus anda buat.

PELAJARAN 2

Siapakah Tuhan?

Adakah Tuhan mempunyai nama, dan adakah Dia prihatin terhadap kita?

PELAJARAN 3

Benarkah Berita Baik Berasal daripada Tuhan?

Mengapakah kita pasti bahawa berita di dalam Bible berasal daripada Tuhan?

PELAJARAN 4

Siapakah Yesus Kristus?

Pelajarilah mengapa Yesus mati, apa itu tebusan, dan apa yang dilakukan oleh Yesus sekarang.

PELAJARAN 5

Apakah Tujuan Tuhan bagi Bumi?

Bible menjelaskan mengapa Tuhan menciptakan bumi, bila penderitaan akan berakhir, dan harapan masa depan bagi bumi dan manusia.

PELAJARAN 6

Apakah Harapan bagi Orang Mati?

Apakah yang berlaku kepada kita apabila kita mati? Dapatkah kita bertemu dengan orang kesayangan kita yang sudah mati?

PELAJARAN 7

Apa Itu Kerajaan Tuhan?

Siapakah Raja Kerajaan Tuhan? Apakah yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan ini?

PELAJARAN 8

Mengapakah Tuhan Membenarkan Kejahatan dan Penderitaan?

Bagaimanakah kejahatan bermula? Mengapakah Tuhan membenarkan kejahatan untuk berterusan? Adakah penderitaan akan berakhir?

PELAJARAN 9

Bagaimanakah Keluarga Anda Boleh Bahagia?

Apakah yang diinginkan oleh Tuhan daripada anak-anak dan ibu bapa?

Yehuwa ialah Tuhan yang gembira, dan Dia ingin semua keluarga hidup bahagia. Pelajarilah nasihat Bible yang praktikal untuk suami, isteri, ibu bapa, dan anak-anak.

PELAJARAN 10

Bagaimanakah Anda Dapat Mengenal Pasti Ibadat Sejati?

Adakah hanya terdapat satu agama yang benar? Pertimbangkan lima tanda untuk mengenal pasti ibadat sejati.

PELAJARAN 11

Bagaimanakah Prinsip Bible Membantu Kita?

Yesus menjelaskan mengapa kita memerlukan bimbingan Tuhan dan dia menyatakan dua prinsip Bible yang terpenting.

PELAJARAN 12

Bagaimanakah Anda Dapat Menghampiri Tuhan?

Pelajarilah sama ada Tuhan mendengar semua doa, bagaimana kita seharusnya berdoa, dan cara lain kita dapat menghampiri Tuhan.

PELAJARAN 13

Apakah yang akan Berlaku kepada Agama-agama di Dunia?

Adakah kita akan melihat semua orang menyembah Tuhan yang benar secara bersatu padu?

PELAJARAN 14

Mengapakah Tuhan Memilih Sekumpulan Orang Menjadi Umat-Nya?

Bible memberitahu kita mengapa dan bagaimana orang Kristian sejati disatukan sebagai umat Tuhan.

PELAJARAN 15

Mengapakah Anda Patut Terus Mengenali Tuhan?

Bagaimanakah pengetahuan anda tentang Tuhan dapat membantu orang lain? Apakah hubungan yang boleh anda jalin dengan Tuhan?