LAMPIRAN B

Adakah Anda Patut Mengakhiri Perbualan?

Adakah Anda Patut Mengakhiri Perbualan?

Apabila seseorang dengan tulus menanyakan soalan atau menyuarakan pandangan yang berbeza, kita gembira untuk berbincang dengannya. Kita ingin bercakap dengan orang yang “memiliki sikap yang diperlukan untuk menerima kehidupan kekal.”​—Kis. 13:48.

Tetapi, bagaimana pula jika seseorang marah, ingin berdebat, atau tidak mahu bercakap pada waktu itu? Akhirilah perbualan dengan tenang dan sopan. (Ams. 17:14) Tunjukkanlah hormat supaya orang itu lebih sudi berbual dengan kita pada masa depan.​—1 Ptr. 2:12.