MULAKAN PERBUALAN

PELAJARAN 1

Tunjukkan Minat

Tunjukkan Minat

Prinsip: “Kasih . . . tidak mementingkan diri sendiri.”​—1 Kor. 13:4, 5.

Apa yang Yesus Buat

1. Lihat VIDEO, atau baca Yohanes 4:6-9. Kemudian bincang soalan-soalan berikut:

  1.    Apakah yang Yesus perhatikan tentang wanita itu sebelum memulakan perbualan?

  2.   Yesus berkata, “Berilah aku minum.” Mengapakah kata-katanya berkesan untuk memulakan perbualan?

Apakah yang Kita Pelajari daripada Yesus?

2. Kita mungkin dapat mengadakan perbualan yang baik jika kita menggunakan topik yang menarik minat orang lain.

Tirulah Yesus

3. Buat penyesuaian. Janganlah berkeras untuk memulakan perbualan berdasarkan topik yang anda sediakan. Mulakanlah perbualan dengan topik yang sedang difikirkan orang pada hari itu. Tanyalah diri,

  1.    “Apakah berita semasa?”

  2.   “Apakah yang dibualkan oleh jiran-jiran, rakan kerja, atau rakan kelas saya?”

4. Gunakan daya pemerhatian. Tanyalah diri,

  1.    “Apakah yang sedang orang itu buat? Apakah yang mungkin dia fikirkan?”

  2.   “Apakah yang saya tahu tentang kepercayaan atau budayanya daripada pakaian, penampilan, dan rumahnya?”

  3.   “Adakah sekarang masa yang sesuai untuk bercakap dengannya?”

5. Dengar.

  1.    Janganlah bercakap terlalu banyak.

  2.   Galakkan orang itu untuk luahkan fikiran dan perasaannya. Apabila sesuai, tanyalah soalan.