BUAT KUNJUNGAN

PELAJARAN 7

Ketabahan

Ketabahan

Prinsip: “Mereka tidak henti-henti mengajarkan dan mengumumkan berita baik.”​—Kis. 5:42.

Apa yang Paulus Buat

1. Lihat VIDEO, atau baca Kisah 19:8-10. Kemudian bincang soalan-soalan berikut:

  1.    Walaupun ditentang, bagaimanakah Paulus tetap bertabah semasa membantu orang yang berminat?

  2.   Seberapa kerapkah Paulus kembali untuk mengajar mereka yang berminat, dan berapa lama dia berbuat demikian?

Apakah yang Kita Pelajari daripada Paulus?

2. Kita perlu mencurahkan masa dan usaha untuk membuat kunjungan kembali yang berkesan dan memulakan pembelajaran Bible.

Tirulah Paulus

3. Sesuaikan jadual anda mengikut keadaan orang. Tanyalah diri, “Bilakah masa yang paling baik untuk bercakap dengannya, dan di manakah tempat yang sesuai untuk berbincang?” Anda perlu sudi mengunjungi orang itu, bahkan pada masa yang kurang sesuai bagi anda.

4. Buatlah janji temu. Pada akhir setiap perbualan, cuba tetapkan masa yang spesifik untuk berjumpa dengannya lagi. Tepatilah janji itu.

5. Jangan putus asa. Jangan cepat buat andaian bahawa seseorang tidak berminat kerana dia jarang di rumah atau dia selalu sibuk. (1 Kor. 13:​4, 7) Teruslah berusaha mencari orang itu, tetapi pada masa yang sama gunakanlah masa anda dengan bijak.—1 Kor. 9:26.