Adakah Anda Sudi Melakukan Kehendak Yehuwa?

Adakah Anda Sudi Melakukan Kehendak Yehuwa?

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk mengkaji brosur ini agar dapat mengenali Saksi-Saksi Yehuwa, kegiatan, dan organisasi kami. Semoga brosur ini telah membantu anda untuk menyimpulkan bahawa kami sedang melakukan kehendak Yehuwa. Kami menggalakkan anda untuk terus mengenali Tuhan, memberitahu keluarga dan sahabat handai tentang apa yang anda pelajari, serta bergaul dengan kami di perjumpaan Kristian kami.​—Ibrani 10:23-25.

Seraya anda lebih mengenali Yehuwa, anda akan menyedari betapa dalam kasih-Nya terhadap anda. Kasih ini akan menggerakkan anda untuk membalas kasih-Nya dengan sepenuh hati. (1 Yohanes 4:8-10, 19) Bagaimanakah anda dapat berbuat demikian dalam kehidupan seharian? Mengapakah mematuhi prinsip moral Tuhan merupakan cara hidup yang terbaik? Dan apakah yang akan menggerakkan anda untuk menyertai kami dalam usaha melaksanakan kehendak Tuhan? Guru Bible anda pasti ingin membantu anda mencari jawapannya. Dengan ini, anda dan keluarga dapat terus ‘hidup di bawah naungan kasih Tuhan sementara menantikan hidup sejati dan kekal.’​—Yudas 21.

Kami menggalakkan anda untuk terus maju dalam haluan kebenaran dengan mempelajari buku yang seterusnya . . . Terus Hidup di Bawah Naungan Kasih Tuhan.