PELAJARAN 9

Apakah Cara Terbaik untuk Membuat Persediaan bagi Perjumpaan?

Apakah Cara Terbaik untuk Membuat Persediaan bagi Perjumpaan?

Kemboja

Ukraine

Jika anda sedang mempelajari Bible dengan Saksi-Saksi Yehuwa, anda mungkin akan membuat persediaan sebelum setiap pembelajaran. Anda juga boleh berbuat demikian sebelum menghadiri perjumpaan. Kita akan menuai hasil yang terbaik jika kita memupuk tabiat ini.

Tentukan waktu dan tempat untuk belajar. Bilakah waktu yang paling sesuai bagi anda untuk menumpukan perhatian? Pada awal pagi sebelum mula bekerja? Atau pada waktu malam selepas anak-anak tidur? Anda mungkin tidak dapat belajar buat masa yang lama. Tetapi jadualkanlah masa belajar dan pastikan tiada apa-apa yang mengganggu masa itu. Carilah tempat yang sunyi dan elakkan gangguan dengan mematikan radio, televisyen, serta telefon bimbit. Berdoalah sebelum belajar. Dengan ini, anda boleh mengurangkan kekhuatiran dan bertumpu pada Firman Tuhan.​—Filipi 4:6, 7.

Tandakan jawapan dan siapkan komen. Mula-mula, cuba tinjau keseluruhan bahan yang akan dibincangkan. Fikirkan tajuk rencana atau bab, dan pertimbangkan bagaimana setiap tajuk kecil berkait dengan tajuk utamanya. Kajilah semua gambar dan soalan ulang kaji yang menyoroti isi utama. Kemudian baca setiap perenggan, dan cari jawapan untuk soalan yang tercetak. Cari dan baca ayat rujukan Bible lalu fikirkan bagaimana ayat-ayat itu menyokong isi dalam rencana. (Kisah 17:11) Apabila anda menjumpai jawapannya, gariskan atau tandakan beberapa kata kunci atau ungkapan dalam perenggan agar anda mudah mengingatinya. Semasa perjumpaan, anda boleh mengangkat tangan dan memberikan komen yang ringkas dengan kata-kata sendiri.

Dengan mengkaji topik-topik yang dibincangkan dalam setiap perjumpaan, anda dapat memperkaya khazanah rohani sendiri.​—Matius 13:51, 52.

  • Bagaimanakah anda boleh memupuk tabiat untuk membuat persediaan bagi perjumpaan?

  • Bagaimanakah anda boleh bersedia untuk memberikan komen semasa perjumpaan?