PELAJARAN 25

Mengapakah dan Bagaimanakah Dewan Perjumpaan Dibina?

Mengapakah dan Bagaimanakah Dewan Perjumpaan Dibina?

Bolivia

Nigeria, sebelum dan selepas

Tahiti

Di Dewan Perjumpaan, kami berbincang tentang Kerajaan Tuhan yang merupakan ajaran utama Bible serta tema penyebaran Yesus.​—Lukas 8:1.

Dewan Perjumpaan ialah pusat ibadat sejati. Dewan ini ialah tempat di mana Saksi-Saksi Yehuwa mengaturkan aktiviti penyebaran di kawasan tempatan. (Matius 24:14) Saiz dan reka bentuk Dewan Perjumpaan berbeza-beza, tetapi hiasannya tidak mewah. Kebanyakan dewan juga digunakan oleh beberapa sidang. Kebelakangan ini, kami telah membina puluhan ribu Dewan Perjumpaan yang baru (secara puratanya lima buah dewan setiap hari) agar dapat menampung bilangan sidang yang semakin bertambah. Bagaimanakah kami melakukannya?​—Matius 19:26.

Kos pembinaan diambil daripada dana untuk pembinaan Dewan Perjumpaan. Sumbangan dihantar ke pejabat cawangan supaya sidang-sidang yang perlu membina atau mengubah suai Dewan Perjumpaan boleh meminjam wang ini.

Kerja pembinaan dilakukan oleh sukarelawan daripada pelbagai latar belakang. Di banyak negara, Kumpulan Pembinaan Dewan Perjumpaan ditubuhkan. Ahli-ahli kumpulan ini bersama pekerja sukarela berpindah dari satu sidang ke sidang lain dalam sebuah negara, termasuk kawasan pedalaman, untuk membantu sidang tempatan membina dewan mereka. Di negara lain, Saksi-Saksi yang mahir telah dilantik untuk mengawasi pembinaan dan pengubahsuaian Dewan Perjumpaan dalam kawasan tertentu. Mereka datang untuk membantu secara sukarela dalam setiap projek pembinaan. Meskipun begitu, kebanyakan sukarelawan di tapak pembinaan terdiri daripada ahli sidang tempatan. Daya aktif Yehuwa dan usaha tekun umat-Nya membolehkan kami melakukan semua ini.​—Mazmur 127:1; Kolose 3:23.

  • Bagaimanakah kami dapat membina Dewan Perjumpaan di serata dunia?