PELAJARAN 18

Bagaimanakah Kami Membantu Saudara Saudari dalam Kesusahan?

Bagaimanakah Kami Membantu Saudara Saudari dalam Kesusahan?

Republik Dominika

Jepun

Haiti

Apabila bencana melanda, Saksi-Saksi Yehuwa segera bertindak untuk menolong saudara saudari mereka yang menderita. Usaha ini mencerminkan kasih sejati kami terhadap satu sama lain. (Yohanes 13:34, 35; 1 Yohanes 3:17, 18) Bagaimanakah kami membantu mereka?

Kami menderma wang. Semasa kebuluran yang teruk di Yudea, orang Kristian masa awal di Antiokhia menghantar wang kepada saudara saudari di situ. (Kisah 11:27-30) Begitu juga, apabila kami mendengar tentang saudara saudari yang dilanda bencana, kami menghantar wang menerusi sidang tempatan untuk membekalkan keperluan kebendaan kepada mereka.​—2 Korintus 8:13-15.

Kami memberikan bantuan praktikal. Para penatua di kawasan bencana mencari setiap ahli sidang untuk memastikan mereka selamat. Sebuah jawatankuasa bantuan bencana menyediakan makanan, air minuman yang bersih, pakaian, tempat tinggal, dan bantuan perubatan. Ramai Saksi yang berkemahiran sudi menampung perbelanjaan sendiri untuk datang menyertai kerja bantuan bencana atau membaiki rumah dan Dewan Perjumpaan yang rosak. Perpaduan dan sikap bekerjasama membolehkan kami bertindak cepat semasa bencana melanda. Selain ‘saudara seiman,’ kami mencuba menghulurkan bantuan kepada orang lain tidak kira apa agama mereka.​—Galatia 6:10.

Kami menawarkan sokongan rohani dan emosi. Mangsa-mangsa bencana sangat memerlukan kelegaan hati. Pada masa sedemikian, kami mendapat kekuatan daripada Yehuwa, ‘Tuhan yang sentiasa menolong’ dan melegakan hati kami. (2 Korintus 1:3, 4) Kami suka berkongsi janji-janji Bible dengan mereka yang tawar hati, dan meyakinkan mereka bahawa tidak lama lagi Kerajaan Tuhan akan mengakhiri segala peristiwa yang membawa kesakitan dan penderitaan.​—Wahyu 21:4.

  • Mengapakah Saksi-Saksi dapat bertindak dengan cepat apabila bencana melanda?

  • Bagaimanakah kami menggunakan Bible untuk memberikan kelegaan hati kepada mangsa bencana?