PELAJARAN 17

Bagaimanakah Penyelia Litar Membantu Kita?

Bagaimanakah Penyelia Litar Membantu Kita?

Malawi

Kumpulan menginjil

Kerja penyebaran

Mesyuarat penatua

Kitab Yunani Kristian sering menyebut tentang Barnabas dan rasul Paulus. Mereka ialah penyelia lawatan yang mengunjungi sidang Kristian masa awal. Mereka amat prihatin terhadap kesejahteraan saudara saudari Kristian mereka. Paulus berkata bahawa dia ingin ‘melawat semula saudara-saudara’ untuk melihat keadaan mereka. Dia rela membuat perjalanan sejauh ratusan kilometer untuk menguatkan mereka. (Kisah 15:36) Penyelia litar kita dewasa ini juga mempunyai keinginan yang sama.

Mereka datang untuk menggalakkan kita. Seorang penyelia litar melawat kira-kira 20 buah sidang. Dia mengunjungi setiap sidang dua kali setahun, dan menghabiskan seminggu bersama mereka. Kita memperoleh banyak manfaat daripada pengalaman saudara-saudara ini dan isteri mereka, jika mereka sudah berkahwin. Penyelia litar dan isteri mereka mencuba mengenali saudara saudari yang tua dan muda. Mereka berasa senang hati untuk menyertai kami menginjil atau mengunjungi pelajar Bible. Penyelia litar akan membuat kunjungan penggembalaan bersama penatua, dan juga memberikan ceramah yang menggalakkan semasa perjumpaan dan perhimpunan.​—Kisah 15:35.

Mereka prihatin terhadap semua. Penyelia litar sangat prihatin terhadap keadaan rohani sidang. Mereka bertemu dengan penatua dan pembantu sidang untuk membincangkan kemajuan yang telah dibuat, dan memberikan nasihat praktikal tentang cara memikul tanggungjawab dalam sidang. Mereka membantu para perintis untuk menjalankan khidmat perintis dengan baik. Mereka juga suka berkenalan dengan orang baru dalam sidang dan mendengar tentang kemajuan rohaninya. Setiap penyelia litar sudi ‘bekerja bersama-sama kita untuk menolong kita.’ (2 Korintus 8:23) Kita patut mencontohi iman dan kasih mereka yang mendalam terhadap Tuhan.​—Ibrani 13:7.

  • Mengapakah penyelia litar mengunjungi sidang?

  • Bagaimanakah anda dapat memanfaatkan kunjungan mereka?