PELAJARAN 11

Mengapakah Kami Menghadiri Perhimpunan yang Besar?

Mengapakah Kami Menghadiri Perhimpunan yang Besar?

Mexico

Jerman

Botswana

Nicaragua

Itali

Lihatlah kegembiraan yang terukir di wajah mereka. Mereka sedang menghadiri perhimpunan. Seperti umat Tuhan dahulukala yang disuruh berhimpun bersama tiga kali setahun, kami juga bersukacita menghadiri perhimpunan yang lebih besar. (Ulangan 16:16) Perhimpunan yang dimaksudkan ialah perhimpunan litar satu hari yang diadakan dua kali setahun, dan konvensyen serantau tiga hari. Apakah manfaat yang kami peroleh daripada perhimpunan kami?

Perhimpunan kami menguatkan persaudaraan Kristian. Seperti orang Israel yang bergembira semasa memuji Yehuwa “dalam perhimpunan umat-Nya,” kami juga bergembira kerana dapat menyembah-Nya bersama semasa acara istimewa sebegini. (Mazmur 26:12; 111:1) Kami berpeluang untuk bertemu dan bergaul dengan Saksi-Saksi dari sidang atau negara lain. Pada waktu tengah hari, kami makan bersama-sama di tapak perhimpunan. Maka kami juga dapat beramah mesra semasa acara rohani ini. (Kisah 2:42) Pada masa inilah kami dapat merasai kasih yang menyatukan “saudara seiman” di seluas bumi.​—1 Petrus 2:17.

Perhimpunan kami membantu kami membuat kemajuan rohani. Orang Israel juga memperoleh manfaat kerana mereka “faham akan makna” ayat Bible yang dijelaskan. (Nehemia 8:8, 12) Kami juga menghargai ajaran Bible yang disampaikan semasa perhimpunan. Setiap program perhimpunan bertemakan satu ayat Bible. Kami belajar cara untuk hidup berpandukan kehendak Tuhan menerusi ceramah, simposium, dan lakonan semula yang menarik. Kami digalakkan setelah mendengar pengalaman saudara saudari yang hidup menurut prinsip Bible meskipun menghadapi cabaran pada masa yang susah ini. Semasa konvensyen serantau, pementasan drama menghidupkan kisah-kisah Bible dan menyampaikan pengajaran yang praktikal. Pembaptisan juga diadakan di setiap perhimpunan bagi mereka yang ingin melambangkan pembaktian kepada Tuhan.

  • Mengapakah perhimpunan kami membawa sukacita?

  • Apakah manfaat yang boleh anda peroleh dengan menghadiri perhimpunan kami?