Cara mendapat manfaat daripada pelajaran-pelajaran ini

Cara mendapat manfaat daripada pelajaran-pelajaran ini
Tunjuk Perkataan Sembunyi Perkataan

Belajar dengan guru Bible: Dapatkan pembelajaran Bible yang percuma daripada orang yang memberi anda brosur ini, atau mohon melalui laman web kami di jw.org.

BAHAGIAN AWAL

Baca setiap perenggan, termasuk soalan dalam huruf tebal (A) dan ayat-ayat Bible (B) yang mengandungi isi utama. Sesetengah ayat Bible ditandakan “baca.”

BAHAGIAN TENGAH

Bahagian Ketahuilah (C) memperkenalkan apa yang akan dibincangkan. Tajuk kecil (D) menjelaskan apa yang akan dipelajari. Baca ayat Bible, jawab soalan-soalannya, dan tonton video (E).

Lihat gambar dan penerangannya (F) lalu fikirkan cara untuk menjawab bahagian Ada Orang Kata (G).

BAHAGIAN AKHIR

Pelajaran berakhir dengan bahagian Ringkasan dan Ulang Kaji (H). Tuliskan tarikh pelajaran disiapkan. Bahagian Matlamat (I) menunjukkan hal-hal yang boleh anda terapkan. Jom Belajar (J) mengandungi maklumat tambahan untuk dibaca atau ditonton.

Cara untuk mencari ayat Bible

Ayat-ayat Bible dibahagikan kepada nama buku (A), nombor bab (B), dan ayat (C). Contohnya, Yohanes 17:3 bermaksud buku Yohanes, bab 17, ayat 3.