PELAJARAN 03

Dapatkah Anda Percaya Bible?

Dapatkah Anda Percaya Bible?
Tunjuk Perkataan Sembunyi Perkataan

Bible mengandungi banyak nasihat dan janji yang baik. Anda mungkin ingin tahu lebih banyak tentang ajarannya. Tetapi, bolehkah anda percaya ajaran daripada buku yang begitu kuno atau lama? Jutaan orang percaya pada ajaran Bible tentang kehidupan kita sekarang dan pada masa depan. Bagaimana pula dengan anda?

1. Adakah kisah Bible benar-benar berlaku?

Bible mengatakan bahawa kandungannya “tepat dan benar.” (Pengkhutbah 12:10) Kisah Bible melibatkan orang yang pernah hidup dan peristiwanya benar-benar pernah berlaku. (Baca Lukas 1:3; 3:1, 2.) Banyak sejarawan dan ahli kaji purba setuju bahawa orang, peristiwa, tarikh, dan tempat yang disebut dalam Bible memang tepat.

2. Adakah kandungan Bible ketinggalan zaman?

Tidak! Sebagai contoh, apabila menyebut tentang sains, maklumatnya tepat. Namun semasa Bible ditulis, banyak orang tidak bersetuju dengan catatannya. Tetapi kini, sains membuktikan bahawa kandungan Bible dapat dipercayai. Sememangnya, Bible “selalu dapat dipercayai, baik sekarang mahupun untuk selama-lamanya.”​—Mazmur 111:8.

3. Mengapakah maklumat Bible tentang masa depan dapat dipercayai?

Bible mengandungi nubuat a tentang “perkara yang belum terjadi.” (Yesaya 46:10) Lama sebelum banyak peristiwa yang penting berlaku, hal itu telah dinubuatkan dalam Bible. Selain itu, Bible menggambarkan hal-hal yang berlaku pada zaman kita dengan terperinci. Pelajaran ini akan membincangkan beberapa nubuat Bible yang telah menjadi kenyataan. Anda pasti kagum dengan ketepatan Bible!

KETAHUILAH

Ketahuilah bagaimana sains moden bersetuju dengan catatan Bible, dan lihatlah beberapa nubuat Bible yang menarik.

4. Kandungan Bible adalah tepat dari segi sains

Pada zaman dulu, orang percaya bahawa bumi digantung atau disokong oleh sesuatu. Mainkan VIDEO.

Perhatikan apa yang ditulis dalam buku Ayub kira-kira 3,500 tahun dahulu. Baca Ayub 26:7, kemudian bincang soalan berikut:

  • Kata-kata “menempatkan bumi di angkasa hampa” bermaksud bumi tidak digantung pada apa-apa. Mengapakah catatan ini sangat menarik?

Hanya pada abad ke-19 orang mula faham tentang kitaran air. Tetapi perhatikan apa yang dicatatkan dalam Bible ribuan tahun sebelum itu. Baca Ayub 36:27, 28, kemudian bincang soalan berikut:

  • Mengapakah catatan Bible tentang kitaran air sangat menarik?

  • Adakah ayat Bible ini membuat anda lebih yakin pada kandungan Bible?

5. Bible menyatakan peristiwa penting sebelum hal itu berlaku

Baca Yesaya 44:27–45:2, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah yang dikatakan dalam Bible 200 tahun sebelum Babilon ditawan?

Sejarah membuktikan bahawa Raja Kores dari Persia dan askar-askarnya menawan Babilon pada tahun 539 SM. b Mereka telah mengubah aliran sungai yang mengelilingi kota itu, memasuki kota itu melalui pintu yang dibiarkan terbuka, lalu menawannya tanpa perlu berperang. Lebih daripada 2,500 tahun kemudian, Babilon masih dalam keadaan musnah. Perhatikan apa yang dinubuatkan dalam Bible.

Baca Yesaya 13:19, 20, kemudian bincang soalan berikut:

  • Bagaimanakah sejarah membuktikan bahawa catatan Bible tentang Babilon memang tepat?

Keadaan Babilon di Iraq hari ini

6. Bible menubuatkan apa yang berlaku pada zaman kita

Bible kata bahawa kita hidup “pada hari-hari terakhir.” (2 Timotius 3:1) Perhatikan nubuat Bible tentang zaman kita.

Baca Matius 24:6, 7, kemudian bincang soalan berikut:

  • Menurut Bible, apakah yang akan berlaku pada hari-hari terakhir?

Baca 2 Timotius 3:1-5, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah yang Bible kata tentang sikap orang pada hari-hari terakhir?

  • Sikap manakah yang anda selalu nampak sekarang?

ADA ORANG KATA: “Bible penuh dengan cerita dongeng saja.”

  • Bagi anda, apakah yang membuktikan bahawa Bible dapat dipercayai?

RINGKASAN

Sejarah, sains, dan nubuat-nubuat Bible membuktikan bahawa Bible memang dapat dipercayai.

Ulang Kaji

  • Adakah catatan Bible benar-benar pernah berlaku?

  • Apakah contoh yang menunjukkan bahawa Bible tepat dari segi sains?

  • Pada pendapat anda, adakah nubuat Bible tentang masa depan tepat? Mengapa?

Matlamat

JOM BELAJAR

Adakah maklumat Bible tentang sains tepat atau tidak?

“Adakah Ajaran Bible Selaras dengan Sains?” (Rencana di laman web)

Belajar bagaimana nubuat tentang Empayar Yunani berlaku tepat seperti yang dicatatkan dalam Bible.

Diteguhkan menerusi Nubuat Bible (5:22)

Lihatlah bagaimana nubuat Bible telah mengubah pandangan seorang lelaki terhadap Bible.

“Bagi Saya, Tuhan Tidak Wujud” (Menara Pengawal No. 5 2017)

a Nubuat termasuk mesej daripada Tuhan tentang peristiwa yang akan berlaku.

b Singkatan SM ialah “Sebelum Masihi” dan merujuk kepada tahun-tahun sebelum Yesus lahir.