PELAJARAN 05

Bible—Mesej Tuhan untuk Kita

Bible—Mesej Tuhan untuk Kita
Tunjuk Perkataan Sembunyi Perkataan

Yehuwa telah memberi kita hadiah yang sangat istimewa, iaitu Bible. Bible mengandungi 66 buah buku kecil. Kita mungkin tertanya-tanya, “Siapakah pengarang Bible? Dari mana datangnya Bible?” Untuk menjawab soalan-soalan ini, mari kita bincang bagaimana Bible disampaikan kepada kita.

1. Adakah Tuhan benar-benar Pengarang Bible?

Bible ditulis oleh sekitar 40 orang lelaki yang datang daripada pelbagai latar belakang. Bible ditulis dari 1513 SM hingga sekitar 98 M, dan mengambil masa kira-kira 1,600 tahun untuk disiapkan. Namun, kandungan Bible saling berkaitan dan tidak bercanggah. Mengapa? Kerana para penulis Bible “mengatakan apa yang berasal daripada Tuhan seraya mereka didorong oleh kuasa suci-Nya.” a (2 Petrus 1:21) Maka manusia tidak menulis fikiran sendiri. Sebaliknya, Tuhan menggunakan kuasa suci-Nya untuk mengilhami atau menyampaikan fikiran-Nya kepada mereka. (2 Timotius 3:16) Jelaslah, Tuhan ialah pengarang Bible.​—Baca 1 Tesalonika 2:13.

2. Tuhan mahu siapa tahu berita baik dalam Bible?

Bible ialah buku yang paling banyak diterjemahkan di dunia. Tidak kira di mana kita tinggal atau bahasa apa pun yang kita gunakan, kita masih dapat memperoleh manfaat daripada Bible. Mengapa? Kerana Tuhan mahu orang daripada “setiap bangsa, suku, bahasa, dan kaum” tahu tentang berita baik dalam Bible.​—Baca Wahyu 14:6.

3. Bagaimanakah Yehuwa memastikan Bible kekal sampai sekarang?

Bible ditulis pada bahan yang mudah rosak, seperti kulit binatang dan sejenis tumbuhan yang dipanggil papirus. Bukan itu sahaja, dari dahulu lagi banyak orang membenci Bible dan mahu memusnahkannya. Tetapi orang yang mengasihi Firman Tuhan berusaha untuk menyalin Bible dengan teliti, dan bahkan sanggup mengorbankan nyawa mereka untuk melindunginya. Yehuwa memastikan Firman-Nya “kekal buat selama-lamanya.”​—Yesaya 40:8.

KETAHUILAH

Belajarlah bagaimana Yehuwa mengilhami penulis Bible, melindungi Firman-Nya, dan memastikan semua orang berpeluang mengetahui mesejnya.

4. Bible memberitahu kita siapa Pengarangnya

Mainkan VIDEO. Kemudian, baca 2 Timotius 3:16, dan bincang soalan berikut:

  • Manusia yang menulis Bible. Jadi, mengapakah Bible dipanggil Firman Tuhan?

  • Bagi anda, adakah masuk akal untuk percaya bahawa Tuhan dapat menyampaikan fikiran-Nya kepada manusia?

Seorang setiausaha menaip surat, tetapi kandungan surat datang daripada bosnya. Begitu juga, manusia menulis Bible, tetapi mesejnya datang daripada Tuhan

5. Bible tidak lenyap walaupun banyak tentangan

Bible ialah Firman Tuhan. Maka Tuhan pasti akan memeliharanya. Banyak pemimpin agama dan politik cuba melenyapkan Bible. Walaupun begitu, ada orang yang sanggup mati untuk melindungi Bible. Mari lihat pengalaman seorang lelaki yang sangat mencintai Bible. Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:

  • Setelah mengetahui pengorbanan yang dibuat untuk melindungi Bible, adakah anda lebih terdorong untuk membacanya? Mengapa?

Baca Mazmur 119:97, kemudian bincang soalan berikut:

  • Mengapakah banyak orang sanggup mengorbankan nyawa untuk menterjemah dan mengedarkan Bible?

6. Buku untuk semua orang

Bible ialah buku yang paling banyak diterjemahkan dan diedarkan. Baca Kisah 10:34, 35, kemudian bincang soalan berikut:

  • Mengapakah Tuhan mahu Firman-Nya diterjemahkan dan diedarkan secara meluas?

  • Apakah yang anda paling suka tentang Bible?

Hampir

100%

penduduk bumi

dapat baca Bible dalam bahasa yang mereka faham

Sebahagian atau seluruh

Bible ada dalam lebih daripada

3,000

bahasa

5,000,000,000

Anggaran naskhah Bible yang dihasilkan

dan jumlahnya jauh lebih banyak daripada mana-mana buku

ADA ORANG KATA: “Bible sudah ketinggalan zaman. Lagipun, orang yang tulis buku itu.”

  • Apakah pendapat anda?

  • Apakah bukti yang menunjukkan bahawa Bible ialah Firman Tuhan?

RINGKASAN

Bible ialah Firman Tuhan, dan Dia memastikan semua orang berpeluang mengetahui mesejnya.

Ulang Kaji

  • Tuhan mengilhami para penulis Bible. Apakah maksudnya?

  • Bagi anda, apakah yang paling menarik tentang cara Bible dilindungi, diterjemahkan, dan diedarkan?

  • Apakah perasaan anda setelah mengetahui semua yang telah Tuhan lakukan untuk menyampaikan Firman-Nya kepada anda?

Matlamat

JOM BELAJAR

Belajar tentang cabaran yang dihadapi oleh penterjemah Bible.

Mereka Menghargai Bible (14:26)

a Pelajaran 7 akan menjelaskan apa itu kuasa suci Tuhan.