PELAJARAN 09
Hampiri Tuhan melalui Doa
Pernahkah anda berdoa untuk meminta bimbingan, kelegaan, jawapan kepada soalan yang penting, dan menghampiri Tuhan? Dapatkah doa membantu anda? Sudah pasti! Tapi, adakah Tuhan mendengar semua doa? Apakah cara yang betul untuk berdoa? Apakah yang perlu anda lakukan supaya Tuhan mendengar doa anda? Pelajaran ini akan menjawab semua soalan itu.
1. Kita harus berdoa kepada siapa, dan apakah yang boleh kita doakan?
Yesus mengajar kita untuk berdoa kepada ‘Bapa kita yang di syurga.’ (Matius 6:9) Semasa di bumi, dia juga berdoa kepada Yehuwa. Doa dapat kuatkan persahabatan kita dengan Yehuwa.
Kita boleh berdoa tentang apa-apa sahaja. Tetapi, apakah yang harus kita ingat jika kita mahu Tuhan menjawab doa kita? Bible kata, “Apa sahaja yang selaras dengan kehendak [Tuhan], Dia mendengarkan kita.” (1 Yohanes 5:14) Yesus mengajar kita apa yang boleh kita doakan. (Baca Matius 6:9-13.) Kita boleh berdoa tentang keperluan kita, namun jangan lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada Tuhan dan berdoa bagi orang lain.
2. Bagaimanakah kita harus berdoa?
Bible kata, “Curahkanlah isi hatimu kepada [Tuhan].” (Mazmur 62:8) Maka, doa kita haruslah ikhlas dari hati. Kita boleh berdoa di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Yehuwa akan mendengar doa kita yang diucapkan dalam hati atau dengan bersuara. Kita boleh berdoa sambil duduk atau berdiri. Yang penting kita berdoa dalam cara yang hormat.
3. Bagaimanakah Yehuwa menjawab doa kita?
Dia menjawab doa kita dalam pelbagai cara. Satu cara adalah melalui Bible. Dengan membaca Bible, kita boleh mendapat jawapan kepada soalan kita. Bible dapat “membantu orang yang tidak berpengalaman menjadi bijak.” (Mazmur 19:7, nota kaki; baca Yakobus 1:5.) Yehuwa juga dapat memberi kita ketenangan hati semasa menghadapi masalah. Selain itu, Yehuwa dapat gunakan umat-Nya untuk membantu kita.
KETAHUILAH
Belajar bagaimana doa-doa anda dapat diterima oleh Tuhan dan apa manfaat berdoa.
4. Cara untuk berdoa agar didengari Tuhan
Apakah yang menentukan sama ada Tuhan mendengar doa kita atau tidak? Mainkan VIDEO.
Yehuwa mahu kita berdoa kepada-Nya. Baca Mazmur 65:2, kemudian bincang soalan berikut:
-
Adakah anda rasa “Pendengar doa” mahu anda berdoa kepada-Nya? Mengapa?
Kita mesti patuh kepada Tuhan jika kita mahu doa kita didengari-Nya. Baca Mikha 3:4 dan 1 Petrus 3:12, kemudian bincang soalan berikut:
-
Apakah yang dapat kita lakukan supaya Yehuwa mendengar doa kita?
Semasa perang, kedua-dua pihak berdoa untuk mendapat kemenangan. Anda rasa Tuhan akan jawab doa siapa?
5. Tuhan mahu kita meluahkan perasaan kita semasa berdoa
Sesetengah orang diajar untuk menghafal doa atau mengulangi kata-kata yang sama semasa berdoa. Tapi, adakah Yehuwa mahu kita berdoa dalam cara ini? Baca Matius 6:7, kemudian bincang soalan berikut:
-
Bagaimanakah anda dapat memastikan anda tidak “mengulangi kata-kata yang sama” semasa berdoa?
Setiap hari, fikirkan satu berkat yang anda terima dan berdoa untuk ucapkan syukur atas berkat itu. Jika anda melakukannya selama seminggu, anda dapat berdoa tentang tujuh hal yang berbeza.
6. Doa ialah hadiah daripada Tuhan
Bagaimanakah doa dapat membantu kita, terutamanya semasa menghadapi kesusahan? Mainkan VIDEO.
Bible kata doa dapat memberi kita ketenangan. Baca Filipi 4:6, 7, kemudian bincang soalan berikut:
-
Walaupun masalah kita tidak hilang selepas berdoa, bagaimanakah doa dapat membantu?
-
Apakah yang ingin anda doakan?
Tahukah anda?
Perkataan “amin” bermaksud “semoga begitu” atau “pasti.” Sejak zaman Bible, “amin” digunakan pada akhir doa.—1 Tawarikh 16:36.
7. Luangkan masa untuk berdoa
Kadangkala, kita begitu sibuk sehingga kita lupa untuk berdoa. Seberapa pentingkah doa bagi Yesus? Baca Matius 14:23 dan Markus 1:35, kemudian bincang soalan berikut:
-
Bagaimanakah Yesus mencari masa untuk berdoa kepada Yehuwa?
-
Bilakah anda dapat berdoa?
ADA ORANG KATA: “Doa langsung tidak membantu. Tuhan tidak menjawab doa saya.”
-
Apakah yang akan anda kata?
RINGKASAN
Apabila kita berdoa dari hati, kita dapat mendekati Tuhan. Kita juga mendapat ketenangan hati dan kekuatan untuk mematuhi Yehuwa.
Ulang Kaji
-
Kita harus berdoa kepada siapa?
-
Bagaimanakah kita harus berdoa?
-
Apakah manfaat doa?
JOM BELAJAR
Ketahui mengapa kita harus berdoa dan cara untuk menjadikan doa kita lebih bermakna.
Semasa menonton video muzik ini, perhatikan bila dan di mana kita boleh berdoa.
NIKMATI HIDUP SELAMA-LAMANYA!—KURSUS PERBINCANGAN BIBLE