PELAJARAN 12
Belajarlah Bible Tanpa Putus Asa!
Banyak orang menikmati pembelajaran Bible mereka dan mendapat manfaat daripadanya. Tapi kadangkala cabaran mungkin timbul dan membuat mereka berfikir, “Patutkah saya terus belajar Bible?” Dalam pelajaran ini, kita akan bincang mengapa usaha anda untuk terus belajar Bible sangat berbaloi dan apa yang dapat membantu anda untuk tidak putus asa.
1. Apakah manfaat belajar Bible?
“Firman Tuhan itu hidup [dan] berkuasa.” (Ibrani 4:12) Bimbingan dan nasihat daripada Bible sangat berkuasa dan dapat mengubah hidup anda. Melalui Bible, anda dapat tahu fikiran Yehuwa dan perasaan-Nya terhadap anda. Selain itu, anda dapat memperoleh pengetahuan, menjadi bijak, dan mempunyai harapan dalam hidup. Yang terpenting, anda dapat menjadi sahabat Yehuwa.
2. Mengapakah penting untuk merenungkan betapa bernilainya kebenaran Bible?
Kebenaran Bible adalah seperti harta karun yang sangat bernilai. Itulah sebabnya Bible kata, “Belilah kebenaran dan jangan menjualnya.” (Amsal 23:23, nota kaki) Apabila kita merenungkan betapa bernilainya kebenaran Bible, hal itu akan mendorong kita untuk tidak putus asa dan terus belajar Bible walaupun menghadapi kesusahan.—Baca Amsal 2:4, 5.
3. Bagaimanakah Yehuwa membantu anda supaya tidak putus asa?
Sebagai Pencipta dan Sahabat anda, Yehuwa mahu membantu anda untuk terus belajar tentang-Nya. Dia dapat memberi anda “keinginan dan kekuatan untuk bertindak.” (Baca Filipi 2:13.) Jika anda kurang semangat untuk belajar Bible atau rasa susah untuk menerapkan apa yang dipelajari, Dia dapat membantu menguatkan tekad anda. Jika anda ditentang, Yehuwa juga dapat memberi anda kekuatan. Maka ingatlah untuk selalu berdoa kepada Yehuwa agar anda dapat terus belajar Bible.—1 Tesalonika 5:17.
KETAHUILAH
Lihatlah bagaimana anda dapat terus belajar Bible walaupun anda sibuk atau menghadapi tentangan. Kemudian, belajar bagaimana Yehuwa membantu anda untuk tidak putus asa.
4. Utamakan pembelajaran Bible anda
Kadangkala kita begitu sibuk sehingga kita rasa kita tiada masa untuk belajar Bible. Apakah nasihat Bible yang dapat membantu? Baca Filipi 1:10, kemudian bincang soalan berikut:
Apakah “perkara-perkara yang lebih penting” dalam hidup anda?
Bagaimanakah anda dapat mengutamakan pembelajaran Bible?
Jika anda menuangkan pasir ke dalam bekas kemudian letakkan batu, batu-batu itu tidak akan muat
Jika anda letak batu-batu terlebih dahulu kemudian tuangkan pasir, anda akan berjaya muatkan hampir semuanya. Begitu juga, jika anda lakukan “perkara-perkara yang lebih penting” dahulu, anda bukan hanya akan berjaya siapkan hal itu. Tapi, anda juga akan ada masa untuk hal-hal lain
Kita semua ada keperluan rohani, iaitu keperluan untuk mengenali dan menyembah Tuhan. Dengan belajar Bible, anda dapat memenuhi keperluan itu. Baca Matius 5:3, kemudian bincang soalan berikut:
Apakah hasilnya jika anda mengutamakan pembelajaran Bible?
5. Jangan putus asa semasa ditentang
Sesetengah orang mungkin menyuruh anda untuk berhenti belajar Bible. Inilah yang berlaku kepada Francesco. Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:
Apakah perasaan kawan-kawan dan keluarga Francesco apabila dia beritahu mereka tentang apa yang dia pelajari?
Apakah berkat yang diraihnya kerana dia tidak putus asa?
Baca 2 Timotius 2:24, 25, kemudian bincang soalan berikut:
Adakah keluarga dan kawan anda suka apa yang sedang anda pelajari?
Kalau orang tidak suka anda belajar Bible, bagaimanakah nasihat dalam ayat ini dapat bantu anda? Mengapakah nasihat ini bagus?
6. Bergantunglah pada Yehuwa
Apabila hubungan kita dengan Yehuwa semakin rapat, kita akan semakin ingin menyenangkan hati-Nya. Jadi kita mungkin perlu membuat perubahan dalam hidup. Jika anda rasa susah, janganlah putus asa. Yehuwa pasti akan membantu anda. Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:
Apakah perubahan yang perlu Jim lakukan untuk senangkan hati Yehuwa?
Apakah yang anda suka tentang pengalamannya?
Baca Ibrani 11:6, kemudian bincang soalan berikut:
Maksud “mencari-Nya dengan bersungguh-sungguh” ialah kita harus berusaha mengenali Tuhan dan melakukan apa yang disenangi-Nya. Jika anda berbuat demikian, apakah yang dijanjikan Yehuwa kepada anda?
Daripada ayat ini, apakah perasaan Yehuwa apabila melihat anda berusaha untuk belajar Bible?
ORANG MUNGKIN TANYA: “Kenapa kamu mahu belajar Bible?”
Bagaimanakah anda akan menjawabnya?
RINGKASAN
Kadangkala memang susah untuk terus belajar Bible. Tetapi jika anda tidak putus asa, anda akan berpeluang menikmati hidup selama-lamanya. Teruslah bergantung pada Yehuwa dan Dia akan memberkati anda.
Ulang Kaji
Adakah kebenaran Bible bernilai bagi anda? Mengapa?
Selepas “mengenal pasti perkara-perkara yang lebih penting,” apakah yang harus anda lakukan?
Mengapakah bagus untuk meminta bantuan Yehuwa agar anda dapat terus belajar Bible?
JOM BELAJAR
Lihat bagaimana Yehuwa membantu seorang wanita yang menghadapi tentangan daripada suaminya.
NIKMATI HIDUP SELAMA-LAMANYA!—KURSUS PERBINCANGAN BIBLE