Dalam pelajaran sebelumnya, kita lihat bahawa bukan semua agama diterima oleh Tuhan. Tapi, Bible meyakinkan kita bahawa terdapat “ibadat [atau, agama]” yang diterima-Nya. (Yakobus 1:27, nota kaki) Bagaimanakah kita dapat memastikan ibadat kita menyenangkan hati Tuhan? Mari kita lihat apa yang dikatakan dalam Bible.
1. Ibadat kita harus berasaskan apa?
Yesus kata, ‘Firman Tuhan ialah kebenaran.’ (Yohanes 17:17) Maka ibadat kita haruslah berasaskan Bible, iaitu Firman Tuhan. Sedihnya, banyak agama tidak menghiraukan ajaran Bible dan mengajar berdasarkan tradisi atau fikiran manusia. Tapi Yehuwa tidak senang hati apabila manusia ‘menolak hukum-Nya.’ (Baca Markus 7:9.) Dia gembira apabila kita mengikut ajaran Bible.
2. Bagaimanakah kita harus menyembah Tuhan?
Yehuwa ialah Pencipta kita dan Dia mahu kita menyembah-Nya sahaja. (Wahyu 4:11) Kita tidak patut menggunakan patung, gambar, ataupun lambang semasa menyembah-Nya.—Baca Yesaya 42:8.
Untuk memastikan ibadat kita ‘suci dan menyenangkan hati Tuhan,’ kita mesti hidup mengikut ajaran-Nya. (Roma 12:1) Contohnya, kita menerapkan nasihat-Nya tentang perkahwinan. Kita juga mesti menjauhi tabiat yang berbahaya seperti menggunakan tembakau, sirih, dan pinang, atau menyalahgunakan dadah dan alkohol.a
3. Mengapakah Yehuwa mahu kita berkumpul untuk menyembah-Nya?
Dengan menghadiri perjumpaan setiap minggu, kita dapat “memuji Yehuwa” bersama sidang. (Mazmur 111:1, 2) Satu cara kita memuji Yehuwa adalah dengan menyanyikan lagu. (Baca Mazmur 104:33.) Yehuwa sangat mengasihi kita. Dia sediakan aturan perjumpaan supaya kita dapat saling menggalakkan dan belajar hal-hal yang dapat membantu kita menikmati hidup selama-lamanya.
KETAHUILAH
Belajar mengapa Yehuwa tidak senang hati jika kita menggunakan patung berhala untuk menyembah-Nya. Belajar juga cara-cara kita dapat memuji Tuhan.
4. Tuhan tidak mahu kita menggunakan patung atau lambang
Bagaimana kita tahu Tuhan membenci perbuatan itu? Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:
Apakah yang berlaku apabila umat Tuhan pada zaman dahulu menggunakan patung berhala untuk menyembah-Nya?
Ada orang rasa mereka lebih dekat kepada Tuhan jika mereka menyembah-Nya dengan menggunakan patung atau lambang. BacaKeluaran 20:4-6danMazmur 106:35, 36, kemudian bincang soalan berikut:
Apakah patung berhala, objek, atau lambang yang sering digunakan orang?
Apakah perasaan Tuhan tentang hal ini?
Apakah perasaan anda tentang hal ini?
5. Yehuwa membebaskan kita daripada ajaran palsu
Jika kita menyembah Yehuwa dalam cara yang betul, kita dibebaskan daripada ajaran palsu. Mainkan VIDEO.
BacaMazmur 91:14, kemudian bincang soalan berikut:
Jika kita mengasihi dan menyembah Yehuwa sahaja, apakah janji-Nya kepada kita?
6. Kita menyembah Tuhan semasa perjumpaan
Komen yang dikongsi dan lagu yang dinyanyikan semasa perjumpaan ialah cara kita dapat memuji Yehuwa dan menggalakkan satu sama lain. BacaMazmur 22:22, kemudian bincang soalan berikut:
Adakah anda suka mendengar komen orang lain semasa perjumpaan?
Adakah anda mahu membuat persiapan untuk memberikan komen?
7. Yehuwa gembira apabila kita mengongsi mesej Bible
Ada banyak cara kita dapat mengongsi kebenaran Bible dengan orang lain. BacaMazmur 9:1dan34:1, kemudian bincang soalan berikut:
Apakah ajaran Bible yang ingin anda kongsi dengan orang lain?
ADA ORANG KATA: “Tuhan akan terima penyembahan kita asalkan kita ikhlas. Jadi, kita boleh sembah Dia ikut cara sendiri.”
Apakah pendapat anda?
RINGKASAN
Kita buat Yehuwa gembira jika kita sembah Dia sahaja, memuji-Nya di perjumpaan, dan mengongsi apa yang kita pelajari dengan orang lain.
Ulang Kaji
Ibadat yang menyenangkan hati Tuhan harus berdasarkan apa?
Mengapakah kita harus sembah Yehuwa sahaja?
Mengapakah kita harus menyembah Yehuwa bersama orang yang mengasihi-Nya?
JOM BELAJAR
Lihatlah bagaimana seorang pemuda mendapat manfaat daripada perjumpaan biarpun dia ada cabaran besar untuk menghadirinya.