Di seluruh dunia, ada berbilion-bilion orang yang mengatakan bahawa mereka beragama Kristian. Tetapi kepercayaan dan nilai moral mereka sangat berbeza. Jadi, bagaimanakah kita dapat mengenal pasti siapa orang Kristian sejati?
1. Apakah maksud perkataan “Kristian”?
Perkataan “Kristian” bermaksud murid atau pengikut Yesus Kristus. (Baca Kisah 11:26.) Bagaimanakah seseorang membuktikan bahawa dia benar-benar pengikut Yesus? Yesus kata, “Jika kamu sentiasa mematuhi ajaranku, kamu benar-benar ialah muridku.” (Yohanes 8:31) Selain itu, seperti Yesus, orang Kristian sejati akan menggunakan Bible sebagai asas kepercayaan mereka.—Baca Lukas 24:27.
2. Bagaimanakah orang Kristian sejati menunjukkan kasih?
Yesus memberitahu pengikutnya, “Kamu harus saling mengasihi, sebagaimana aku sudah mengasihi kamu.” (Yohanes 15:12) Bagaimanakah Yesus menunjukkan bahawa dia mengasihi murid-muridnya? Yesus meluangkan masa bersama mereka, menggalakkan dan membantu mereka, dan bahkan sanggup mati demi mereka. (1 Yohanes 3:16) Begitu juga, orang Kristian sejati bukan hanya mengajar orang lain untuk menunjukkan kasih, tetapi mereka sendiri menunjukkannya melalui kata-kata dan perbuatan.
3. Apakah tanggungjawab setiap orang Kristian?
Yesus “mengutus [murid-muridnya] untuk menyebarkan berita tentang Kerajaan Tuhan.” (Lukas 9:2) Pengikut Yesus pada zaman dulu bukan hanya menginjil di rumah ibadat, tetapi juga di tempat awam dan dari rumah ke rumah. (Baca Kisah 5:42; 17:17.) Pada hari ini, orang Kristian sejati juga menginjil di mana-mana sahaja kepada semua orang. Oleh sebab mereka sangat mengasihi orang lain, mereka sudi menggunakan masa dan tenaga untuk menyebarkan harapan daripada Bible.—Markus 12:31.
KETAHUILAH
Lihat ciri-ciri orang Kristian sejati dan cara untuk mengenal pasti siapa mereka.
4. Mereka mementingkan ajaran Bible
Bukan semua orang Kristian menghargai kebenaran Bible. Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut: