PELAJARAN 20

Bagaimanakah Sidang Kristian Diaturkan?

Bagaimanakah Sidang Kristian Diaturkan?
Tunjuk Perkataan Sembunyi Perkataan

Bible kata Yehuwa bukan Tuhan yang kacau-bilau. (1 Korintus 14:33) Maka penyembah-Nya harus teratur. Bagaimanakah sidang Kristian diaturkan? Apakah peranan kita?

1. Siapakah ketua sidang?

Bible kata, “Kristus ialah kepala sidang.” (Efesus 5:23) Dia mengawasi sidang dari syurga. Yesus melantik “hamba yang setia dan bijaksana” yang terdiri daripada beberapa orang penatua. Mereka juga dikenali sebagai Badan Pimpinan. (Baca Matius 24:45-47.) Seperti para rasul dan penatua di Yerusalem pada abad pertama, Badan Pimpinan memberikan arahan kepada sidang di seluas dunia. (Kisah 15:2) Mereka bukanlah ketua kita. Sebaliknya, mereka bergantung pada Yehuwa dan Firman-Nya, serta mengikut bimbingan Yesus.

2. Apakah peranan para penatua?

Para penatua ialah saudara yang dilantik untuk menggembala dan mengajar sidang berdasarkan Firman Tuhan. Mereka juga membantu dan menggalakkan ahli sidang. Mereka tidak dibayar gaji. Sebaliknya, mereka berkhidmat “dengan rela.” Mereka melakukan tugas “dengan bersemangat, dan bukannya kerana mencintai keuntungan yang diperoleh secara tidak jujur.” (1 Petrus 5:1, 2) Para penatua dibantu oleh pembantu sidang. Pembantu sidang yang layak pula dapat dilantik menjadi penatua.

Sesetengah penatua juga dilantik oleh Badan Pimpinan untuk menjadi penyelia litar. Apakah sesetengah tugas mereka? Penyelia litar melawat sidang untuk memberikan arahan dan galakan. Selain itu, mereka melantik saudara yang memenuhi syarat Bible untuk menjadi penatua dan pembantu sidang.​—1 Timotius 3:1-10, 12; Titus 1:5-9.

3. Apakah peranan setiap Saksi?

Semua di sidang berpeluang ‘memuji nama Yehuwa.’ (Baca Mazmur 148:12, 13.) Mereka berbuat demikian dengan mengambil bahagian dalam sidang dan dengan menginjil.

KETAHUILAH

Belajarlah cara Yesus mengambil pimpinan, cara para penatua meniru teladan Yesus, dan cara kita dapat bekerjasama dengan Yesus dan para penatua.

4. Yesus menyegarkan kita

Sebagai ketua kita, apakah yang Yesus ingin kita lakukan? Baca Matius 11:28-30, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah sifat yang Yesus tunjukkan sebagai ketua kita? Apakah perasaan anda di bawah pimpinannya?

Bagaimanakah para penatua meniru teladan Yesus? Mainkan VIDEO.

Bible memberikan bimbingan yang jelas tentang cara penatua harus menjalankan tugas mereka.

Baca Yesaya 32:2 dan 1 Petrus 5:1-3, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah perasaan anda apabila mengetahui bahawa penatua berusaha menyegarkan orang lain seperti Yesus?

  • Apakah cara lain para penatua meniru teladan Yesus?

5. Penatua mengajar melalui teladan

Apakah pandangan yang harus dimiliki oleh para penatua terhadap tugas mereka? Mainkan VIDEO.

Para penatua harus meniru cara Yesus mengambil pimpinan dalam sidang. Baca Matius 23:8-12, kemudian bincang soalan berikut:

  • Menurut ayat ini, apakah sepatutnya sikap para penatua? Bagaimana pula sikap sesetengah pemimpin agama hari ini?

  1. Para penatua menjaga kerohanian sendiri dan keluarga

  2. Para penatua mengambil berat terhadap setiap ahli sidang

  3. Para penatua rajin menginjil

  4. Para penatua mengajar di sidang. Mereka juga membantu melakukan kerja pembersihan dan tugas lain

6. Kita patut bekerjasama dengan penatua

Para penatua dalam sidang sentiasa berkerja keras untuk membantu ahli sidang. Baca 1 Tesalonika 5:12, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah yang Bible menggalakkan kita untuk lakukan?

Menghormati para penatua juga bermaksud kita mematuhi dan menyokong mereka dengan rela hati. Baca Ibrani 13:17, kemudian bincang soalan berikut:

  • Mengapakah penting bagi kita untuk terus mematuhi dan tunduk kepada para penatua dengan rela hati?

ADA ORANG KATA: “Kamu tidak perlu menjadi ahli mana-mana agama.”

  • Pada pendapat anda, apakah manfaatnya jika seseorang menyembah Tuhan bersama sidang?

RINGKASAN

Yesus ialah kepala sidang. Para penatua mengikut bimbingan Yesus. Kita gembira bekerjasama dengan para penatua kerana mereka menyegarkan kita dan mengajar kita melalui teladan mereka.

Ulang Kaji

  • Siapakah kepala sidang?

  • Bagaimanakah para penatua membantu sidang?

  • Apakah peranan setiap penyembah Yehuwa?

Matlamat

JOM BELAJAR

Lihat cara Badan Pimpinan dan penatua lain menunjukkan bahawa mereka mengambil berat terhadap sidang.

Menguatkan Rakan Seiman Di Bawah Larangan (4:22)