Yesus kata bahawa sesiapa yang mahu menjadi pengikutnya harus dibaptis. (Baca Matius 28:19, 20.) Tapi apakah itu pembaptisan? Apakah yang harus seseorang lakukan agar layak dibaptis?
1. Apakah itu pembaptisan?
Perkataan “baptis” berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud “membenamkan” ke dalam air. Selepas Yesus dibaptis di Sungai Yordan, Bible kata dia “keluar dari air.” (Markus 1:9, 10) Hal ini bermaksud bahawa tubuhnya telah dibenamkan sepenuhnya. Begitu juga, semasa orang Kristian dibaptis, tubuhnya mesti dimasukkan sepenuhnya ke dalam air.
2. Pembaptisan menunjukkan apa?
Pembaptisan menunjukkan bahawa seseorang sudah membaktikan diri kepada Yehuwa. Bagaimanakah dia membaktikan diri kepada Yehuwa? Dalam doa peribadinya, dia berjanji untuk menyembah Yehuwa sahaja buat selama-lamanya dan menjadikan kehendak Tuhan hal terpenting dalam hidupnya. Dia akan ‘menolak kepentingan sendiri dan terus mengikut’ ajaran dan teladan Yesus. (Matius 16:24) Melalui pembaktian dan pembaptisan, seseorang menjadi sahabat rapat Yehuwa dan umat-Nya.
3. Apakah yang harus dilakukan agar seseorang dapat dibaptis?
Mula-mula, anda perlu belajar tentang Yehuwa dan beriman kepada-Nya. (Baca Ibrani 11:6.) Secara perlahan-lahan, kasih anda kepada Yehuwa akan semakin bertambah. Anda mungkin terdorong untuk memberitahu orang tentang Yehuwa dan mengubah cara hidup anda. (2 Timotius 4:2; 1 Yohanes 5:3) Apabila anda ‘hidup selaras dengan kehendak Yehuwa dan menyenangkan hati-Nya,’ anda dapat membaktikan diri kepada Yehuwa dan dibaptis.—Kolose 1:9, 10.a
KETAHUILAH
Belajarlah daripada pembaptisan Yesus dan lihatlah bagaimana seseorang dapat mengambil langkah untuk dibaptis.
4. Belajarlah daripada pembaptisan Yesus
BacaMatius 3:13-17 untuk mengetahui apa yang berlaku semasa Yesus dibaptis. Kemudian bincang soalan berikut:
Adakah Yesus dibaptis semasa masih bayi?
Bagaimanakah Yesus dibaptis? Adakah dia direnjis dengan air?
Selepas Yesus dibaptis, dia mula melakukan tugas istimewa yang diberikan oleh Yehuwa. BacaLukas 3:21-23danYohanes 6:38, kemudian bincang soalan berikut:
Apakah perkara terpenting dalam hidup Yesus selepas dia dibaptis?
5. Anda dapat mencapai matlamat untuk dibaptis
Anda mungkin rasa bahawa keputusan untuk membaktikan diri dan dibaptis ialah matlamat yang susah dicapai. Tetapi secara beransur-ansur, anda akan menjadi lebih yakin untuk mengambil langkah penting ini. Mainkan VIDEO untuk melihat apa yang dilakukan oleh sesetengah orang agar dapat mencapai matlamat ini.
Bagaimanakah seseorang dapat mempersiapkan diri untuk dibaptis?
Kita membaktikan diri dengan berjanji kepada Yehuwa untuk menyembah-Nya selama-lamanya
Pembaptisan menunjukkan kepada orang bahawa kita sudah membaktikan diri kepada Tuhan
6. Anda menyertai keluarga rohani Yehuwa selepas dibaptis
Walaupun kita mempunyai latar belakang yang berbeza, Saksi-Saksi Yehuwa di seluruh dunia mempunyai kepercayaan dan nilai moral yang sama. Selepas dibaptis, anda akan menjadi sebahagian daripada keluarga rohani yang bersatu padu ini. BacaMazmur 25:14dan1 Petrus 2:17, kemudian bincang soalan berikut:
Selepas seseorang dibaptis, apakah hubungan istimewa yang dimilikinya dengan Yehuwa? Bagaimanakah hubungannya dengan rakan seiman?
ADA ORANG KATA: “Saya tidak bersedia untuk dibaptis.”
Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda rasa berbaloi untuk mencurahkan usaha agar dapat dibaptis?
RINGKASAN
Yesus mengajar kita bahawa orang yang ingin menjadi pengikutnya harus dibaptis. Untuk dibaptis, seseorang harus mempunyai iman yang kuat kepada Yehuwa, hidup menurut ajaran Bible, dan membaktikan diri kepada-Nya.
Ulang Kaji
Apakah itu pembaptisan dan mengapakah hal itu penting?
Pembaptisan dan pembaktian menunjukkan apa?
Apakah langkah-langkah yang perlu diambil supaya dapat dibaptis?
JOM BELAJAR
Kaji erti pembaptisan dan tanggapan yang salah tentangnya.
a Walaupun seseorang pernah dibaptis, dia harus dibaptis semula kerana ajaran agama itu tidak selaras dengan Bible.—Lihat Kisah 19:1-5 dan Pelajaran 13.
NIKMATI HIDUP SELAMA-LAMANYA!—KURSUS PERBINCANGAN BIBLE