Bible kata, “Kehidupan manusia singkat dan penuh dengan kesusahan.” (Ayub 14:1) Adakah Tuhan mahu kita hidup begini? Jika tidak, apakah tujuan-Nya bagi kita? Adakah tujuan-Nya akan tercapai? Mari kita lihat jawapan daripada Bible.
1. Apakah tujuan Tuhan bagi kita?
Yehuwa mahu manusia menikmati kehidupan yang terbaik. Setelah menciptakan Adam dan Hawa, Dia memberi mereka tempat tinggal yang cantik yang dipanggil Taman Eden. Kemudian, “Tuhan memberkati mereka dan berfirman kepada mereka, ‘Hendaklah kamu mempunyai anak cucu yang banyak. Penuhilah bumi, dan hendaklah kamu menguasainya.’” (Kejadian 1:28) Ya, Yehuwa mahu mereka mempunyai banyak keturunan, menjaga binatang, menjadikan seluruh bumi sebuah Firdaus, memiliki kesihatan yang sempurna, dan hidup selama-lamanya.
Walaupun keadaan di bumi sekarang sangat berbeza daripada tujuan Tuhan yang asal,a tujuan-Nya masih sama. (Yesaya 46:10, 11) Dia mahu manusia yang mengasihi-Nya hidup selama-lamanya di bawah keadaan yang sempurna.—Baca Wahyu 21:3, 4.
2. Bagaimanakah kita dapat hidup bahagia sekarang?
Yehuwa menciptakan manusia dengan “keperluan rohani,” iaitu keinginan untuk mengenali dan menyembah-Nya. (Baca Matius 5:3-6.) Dia mahu kita mempunyai hubungan yang akrab dengan-Nya, ‘melakukan semua kehendak-Nya, mengasihi-Nya, dan mengabdikan diri kepada-Nya dengan sepenuh hati.’ (Ulangan 10:12; Mazmur 25:14) Jika kita melakukan semua itu, kita dapat hidup bahagia biarpun kita menghadapi masalah. Sememangnya, hubungan kita dengan Yehuwa memberi hidup kita makna dan membawa kepuasan.
KETAHUILAH
Belajar bagaimana cara Yehuwa menyediakan bumi mencerminkan kasih-Nya. Ketahui juga apa yang Bible ajarkan tentang tujuan kehidupan manusia.
Yehuwa telah melakukan begitu banyak hal yang baik untuk kita. Bagaimanakah kita dapat membalas kebaikan-Nya?
ORANG MUNGKIN TANYA: “Apa tujuan hidup kita?”
Apakah jawapan anda?
RINGKASAN
Yehuwa mahu kita menikmati kehidupan kekal di bumi dalam keadaan yang sempurna. Apabila kita menyembah-Nya dengan sepenuh hati, kita ada hidup yang bermakna sekarang hingga selama-lamanya.
Ulang Kaji
Apakah tujuan Tuhan bagi Adam dan Hawa?
Bagaimanakah kita tahu tujuan Tuhan bagi manusia tidak berubah?
Bagaimanakah anda dapat menikmati hidup yang bermakna?
JOM BELAJAR
Belajar bagaimana seorang lelaki menemui makna kehidupan.