PELAJARAN 29
Apakah yang Berlaku kepada Kita selepas Mati?
Pernahkah anda hilang orang tersayang dalam kematian? Jika ya, anda pasti rasa sangat sedih. Anda mungkin tertanya-tanya, “Apakah yang berlaku kepada kita selepas mati? Dapatkah kita berjumpa semula dengan orang tersayang yang sudah meninggal?” Dalam pelajaran ini dan yang berikutnya, ketahuilah jawapan Bible yang melegakan hati.
1. Apakah keadaan orang mati?
Yesus membandingkan keadaan orang mati dengan tidur yang nyenyak. Apabila seseorang tidur mati, dia tidak sedar apa-apa yang berlaku di sekelilingnya. Begitu juga, Bible kata, “Orang mati tidak tahu apa-apa pun.” (Baca Pengkhutbah 9:5.) Mereka tidak rasa sakit atau sunyi.
2. Apakah manfaat mengetahui kebenaran Bible tentang keadaan orang mati?
Banyak orang takut akan kematian dan orang yang sudah mati. Tetapi Yesus kata, ‘Kebenaran akan membebaskan kamu.’ (Yohanes 8:32) Bagaimana? Banyak agama mengajar bahawa orang yang sudah mati mempunyai roh yang dapat terus hidup. Tetapi menurut Bible, hal ini tidak benar. Maka, kita tidak perlu risau bahawa orang yang sudah mati sedang menderita atau dapat mencederakan kita. Kita tidak perlu berdoa demi mereka atau melakukan upacara yang kononnya menenangkan mereka.
Sesetengah orang kata bahawa mereka dapat berhubung dengan orang mati. Tetapi hal itu mustahil. Seperti yang sudah kita belajar, orang mati “tidak tahu apa-apa pun.” Sebenarnya, roh-roh jahat suka menyamar sebagai orang mati untuk menipu kita. Oleh itu, Yehuwa melarang kita daripada berhubung dengan orang mati kerana Dia tahu roh-roh jahat sangat bahaya. (Baca Ulangan 18:10-12.) Ya, kebenaran tentang keadaan orang mati dapat melindungi kita daripada pengaruh roh-roh jahat dan dusta mereka.
KETAHUILAH
Ketahui lebih banyak tentang ajaran Bible mengenai kematian. Lihatlah sebab kita dapat yakin bahawa Tuhan tidak menyeksa orang mati.
3. Belajar keadaan sebenar orang mati
Orang di serata dunia mempunyai kepercayaan yang berbeza-beza tentang apa yang berlaku selepas kita mati. Tidak mungkin semua kepercayaan itu betul.
-
Apakah kepercayaan kebanyakan orang di kawasan anda tentang keadaan orang mati?
Mainkan VIDEO untuk lihat apa yang diajarkan Bible.
Baca Pengkhutbah 3:20, kemudian bincang soalan berikut:
-
Menurut ayat ini, apakah yang berlaku kepada orang mati?
-
Selepas seseorang mati, adakah sesuatu dalam tubuhnya akan terus hidup?
Bible menceritakan kematian Lazarus, iaitu kawan baik Yesus. Baca Yohanes 11:11-14, dan perhatikan apa yang dikatakan oleh Yesus tentang keadaan Lazarus. Kemudian bincang soalan berikut:
-
Selepas Lazarus meninggal, apakah yang Yesus kata tentang keadaannya?
-
Apakah yang kita belajar tentang keadaan orang mati daripada kata-kata Yesus?
-
Adakah ajaran Bible tentang keadaan orang mati masuk akal?
4. Kebenaran tentang kematian membebaskan kita
Selepas belajar kebenaran tentang kematian, kita tidak lagi dibelenggu rasa takut akan orang mati. Baca Pengkhutbah 9:10, kemudian bincang soalan berikut:
-
Dapatkah orang mati mencederakan kita?
Banyak orang menyembah orang mati atau membuat upacara untuk menenangkan “roh” mereka. Tetapi kebenaran Bible membebaskan kita daripada amalan dan ajaran palsu sebegitu. Baca Yesaya 8:19 dan Wahyu 4:11, kemudian bincang soalan berikut:
-
Apakah perasaan Yehuwa terhadap orang yang menyembah atau meminta petunjuk daripada orang mati?
5. Kebenaran tentang kematian melegakan kita
Banyak orang percaya bahawa orang mati akan diseksa atas hal-hal jahat yang pernah mereka buat. Kita rasa lega kerana mengetahui bahawa hal itu tidak benar. Orang yang sudah mati tidak lagi menderita. Baca Roma 6:7, kemudian bincang soalan berikut:
-
Ayat ini kata apabila seseorang mati, hutang dosanya sudah dibatalkan atau dilangsaikan. Jika demikian, adakah orang mati akan diseksa atas kesalahan lampaunya?
Apabila kita semakin mengenali Yehuwa, kita akan sedar bahawa mustahil Dia menyeksa orang mati. Baca Ulangan 32:4 dan 1 Yohanes 4:8, kemudian bincang soalan berikut:
-
Memandangkan Tuhan mempunyai sifat-sifat yang disebut dalam ayat itu, adakah Dia akan sampai hati menyeksa orang?
-
Adakah kebenaran tentang kematian melegakan hati anda? Mengapa?
ADA ORANG KATA: “Saya takut bila berfikir tentang apa yang akan berlaku kepada saya selepas saya meninggal.”
-
Apakah ayat-ayat Bible yang dapat anda kongsi untuk melegakan dia?
RINGKASAN
Apabila seseorang mati, dia tidak wujud lagi. Orang mati tidak menderita dan tidak dapat mencederakan orang yang hidup.
Ulang Kaji
-
Apakah yang berlaku selepas kita mati?
-
Bagaimanakah kebenaran tentang kematian membebaskan kita?
-
Bagaimanakah kebenaran tentang kematian melegakan kita?
JOM BELAJAR
Ketahuilah sama ada Tuhan menghukum orang jahat di neraka atau tidak.
NIKMATI HIDUP SELAMA-LAMANYA!—KURSUS PERBINCANGAN BIBLE