Ulang Kaji Bahagian 2 MAIN Ulang Kaji Bahagian 2 Maaf, video ini tidak dapat dimainkan. Download Video Ini Tunjuk Perkataan Sembunyi Perkataan Edisi Digital Edisi Cetak Bincang soalan berikut dengan guru Bible anda: Apakah yang akan Tuhan lakukan terhadap agama palsu? (Lihat Pelajaran 13.) Baca Keluaran 20:4-6. Apakah perasaan Yehuwa apabila orang menggunakan patung berhala, objek, atau lambang untuk menyembah-Nya? (Lihat Pelajaran 14.) Siapakah Yesus? (Lihat Pelajaran 15.) Apakah sifat Yesus yang anda paling suka? (Lihat Pelajaran 17.) Baca Yohanes 13:34, 35 dan Kisah 5:42. Siapakah orang Kristian yang sejati hari ini? Apakah yang membuktikan bahawa mereka memang orang Kristian sejati? (Lihat Pelajaran 18 dan 19.) Siapakah ketua sidang? Bagaimanakah dia memimpin sidang? (Lihat Pelajaran 20.) Baca Matius 24:14. Bagaimanakah nubuat ini menjadi kenyataan hari ini? Pernahkah anda mengongsi mesej Bible kepada seseorang? Siapakah orang itu? (Lihat Pelajaran 21 dan 22.) Adakah anda rasa matlamat untuk dibaptis ialah sesuatu yang baik? Mengapa? (Lihat Pelajaran 23.) Bagaimanakah anda dapat melindungi diri daripada Syaitan dan roh-roh jahat? (Lihat Pelajaran 24.) Apakah tujuan Tuhan bagi kita? (Lihat Pelajaran 25.) Mengapakah manusia menderita dan mati? (Lihat Pelajaran 26.) Baca Yohanes 3:16. Bagaimanakah Yehuwa membebaskan kita daripada dosa dan kematian? (Lihat Pelajaran 27.) Baca Pengkhutbah 9:5. Apakah yang berlaku kepada kita selepas mati? Apakah yang akan Yesus lakukan untuk jutaan orang yang sudah mati? (Lihat Pelajaran 29 dan 30.) Mengapakah Kerajaan Tuhan lebih baik daripada pemerintahan manusia? (Lihat Pelajaran 31 dan 33.) Adakah anda percaya bahawa Kerajaan Tuhan sedang memerintah? Mengapa? Sejak bilakah Kerajaan Tuhan mula memerintah? (Lihat Pelajaran 32.) Soalan lain yang ingin anda tanya: Sebelumnya Seterusnya Cetak Kongsi Kongsi Ulang Kaji Bahagian 2 NIKMATI HIDUP SELAMA-LAMANYA!—KURSUS PERBINCANGAN BIBLE Ulang Kaji Bahagian 2 Bahasa Isyarat Malaysia Ulang Kaji Bahagian 2 https://cms-imgp.jw-cdn.org/img/p/1102021321/univ/art/1102021321_univ_sqr_xl.jpg lff bah. 2