Kita semua suka berkawan dengan orang yang jujur. Yehuwa juga mahu kawan-kawan-Nya bersikap jujur. Tetapi memang tidak senang untuk selalu menunjukkan sifat ini, terutamanya apabila orang di sekeliling kita tidak jujur. Apakah kebaikannya jika kita selalu jujur?
1. Apakah sebab terpenting untuk bersikap jujur?
Bible kata, “Yehuwa membenci orang yang licik, tetapi Dia akrab dengan orang yang melakukan apa yang benar.” (Amsal 3:32) Apabila kita bersikap jujur dalam segala hal, kita menunjukkan bahawa kita mengasihi dan menghormati Yehuwa. Sebenarnya, Yehuwa tahu segala yang kita lakukan dan fikirkan. (Ibrani 4:13) Jadi, Dia pasti menghargainya apabila kita berusaha untuk sentiasa jujur.
2. Bagaimanakah kita menunjukkan sikap jujur?
Yehuwa ingin kita “bercakap benar dengan satu sama lain.” (Zakharia 8:16, 17) Jadi semasa bercakap dengan ahli keluarga, rakan seiman, kawan-kawan, rakan kerja, ataupun pegawai kerajaan, kita tidak akan berbohong atau memberikan maklumat yang palsu. Kita juga tidak akan mencuri atau menggunakan cara yang licik untuk memperdaya orang lain. (Baca Amsal 24:28 dan Efesus 4:28.) Selain itu, kita membayar cukai seperti yang dituntut oleh kerajaan. (Roma 13:5-7) Ya, kita berusaha “melakukan segala sesuatu dengan jujur.”—Ibrani 13:18.
3. Apakah kebaikan bersikap jujur?
Jika orang lain tahu bahawa kita sentiasa jujur, mereka akan lebih mempercayai kita. Kejujuran juga menjadikan sidang tempat yang aman, selamat, dan bahagia. Apabila kita bersikap jujur, kita menikmati hati nurani yang bersih. Selain itu, kita “menghiasi ajaran Tuhan, Penyelamat kita.” (Titus 2:10) Dengan demikian, orang lain mungkin tertarik untuk mengenali kebenaran dan menyembah Yehuwa.
KETAHUILAH
Lihat bagaimana kejujuran dapat mempengaruhi hidup anda dan hubungan anda dengan Yehuwa. Belajar bagaimana anda dapat menunjukkan sikap ini dalam pelbagai situasi.
BacaIbrani 13:18, kemudian bincang bagaimana kita dapat bersikap jujur . . .
dengan ahli keluarga.
semasa di sekolah atau tempat kerja.
dalam situasi lain.
6. Berkat kerana jujur
Kadangkala, kita mungkin mengalami kerugian atau mendapat masalah kerana bersikap jujur. Tapi, tindakan yang betul sentiasa membawa manfaat pada akhirnya. BacaMazmur 34:12-16, kemudian bincang soalan berikut:
Apakah manfaat yang anda dapat jika anda jujur?
Suami isteri yang jujur akan mempunyai hubungan yang erat
Pekerja yang jujur akan dipercayai majikan
Rakyat yang jujur akan dihormati pegawai kerajaan
ADA ORANG KATA: “Bohong kecil tidak salah.”
Adakah anda percaya bahawa Yehuwa membenci semua jenis penipuan? Mengapa?
RINGKASAN
Yehuwa mahu sahabat-Nya bersikap jujur dalam kata-kata dan perbuatan.
Ulang Kaji
Bagaimanakah kita dapat menunjukkan kita bersikap jujur?
Mengapakah tidak bijak untuk fikir bahawa kita dapat menyembunyikan sesuatu daripada Yehuwa?
Mengapakah anda mahu sentiasa bersikap jujur?
JOM BELAJAR
Bagaimanakah ibu bapa dapat mengajar anak untuk bersikap jujur?