PELAJARAN 39
Pandangan Tuhan tentang Darah
Darah sangat penting. Kita semua perlukan darah untuk terus hidup. Memandangkan Tuhanlah yang mencipta kita, Dia berhak menentukan bagaimana darah harus digunakan. Apakah pandangan Tuhan tentang darah? Bolehkah kita makan atau minum darah? Bolehkah kita memasukkannya ke dalam tubuh kita melalui transfusi atau pemindahan darah? Bagaimanakah kita dapat buat keputusan yang bijak dalam soal darah?
1. Apakah pandangan Yehuwa tentang darah?
Yehuwa memberitahu umat-Nya pada zaman dulu, “Nyawa setiap makhluk hidup terkandung dalam darahnya.” (Imamat 17:14) Jadi di mata Yehuwa, darah melambangkan nyawa. Oleh sebab nyawa ialah sesuatu yang suci bagi-Nya, darah juga suci.
2. Apakah arahan Tuhan tentang darah?
Yehuwa memerintahkan umat-Nya untuk tidak makan darah. (Baca Kejadian 9:4 dan Imamat 17:10.) Pada kemudian hari, Yehuwa sekali lagi menegaskan hal ini. Dia menggunakan badan pimpinan untuk memberikan arahan kepada orang Kristian agar “menjauhi darah.”—Baca Kisah 15:28, 29.
Apakah maksud menjauhi darah? Fikirkan contoh ini: Doktor anda menyuruh anda menjauhi alkohol. Sudah pasti anda tidak akan meminumnya. Tapi, adakah hal ini bermaksud anda boleh makan makanan yang mengandungi alkohol atau menyuntiknya ke dalam tubuh anda? Itu memang tidak masuk akal! Begitu juga, kita tidak akan makan atau minum darah, atau memakan makanan yang ditambah dengan darah. Kita juga tidak akan makan daging binatang yang darahnya belum dikeluarkan.
Bagaimana pula dalam soal perubatan? Sesetengah rawatan jelas bercanggah dengan hukum Tuhan tentang darah. Ini termasuk transfusi darah utuh atau komponen utamanya, iaitu sel darah merah, sel darah putih, platelet, dan plasma. Bagi sesetengah kaedah perubatan pula, tiada perintah Bible yang jelas menyatakan sama ada hal itu dilarang atau dibenarkan. Contohnya, rawatan yang melibatkan pecahan kecil darah atau darah sendiri. Dalam situasi sebegini, kita semua perlu membuat keputusan masing-masing. a—Galatia 6:5.
KETAHUILAH
Belajar cara membuat keputusan berkenaan kaedah perubatan yang melibatkan darah.
3. Buat keputusan yang menyenangkan hati Yehuwa
Bagaimanakah kita dapat membuat keputusan yang selaras dengan pandangan Tuhan? Mainkan VIDEO, kemudian bincang mengapa langkah-langkah berikut penting:
Doa memohon kebijaksanaan.—Yakobus 1:5.
Kaji prinsip Bible dan cara menerapkannya.—Amsal 13:16.
Ketahui pilihan rawatan yang tersedia di kawasan anda.
Kenal pasti pilihan yang anda tidak akan terima.
Pastikan keputusan anda tidak mengganggu hati nurani anda.—Kisah 24:16. b
Ingat bahawa bagi keputusan yang melibatkan hati nurani, orang lain tidak berhak buat keputusan untuk anda. Ini termasuk pasangan hidup, penatua, atau guru Bible.—Roma 14:12.
Catat keputusan anda.
4. Saksi-Saksi Yehuwa mahu rawatan yang terbaik
Perintah Tuhan tidak menghalang kita daripada mendapatkan rawatan yang berkualiti. Mainkan VIDEO.
Baca Titus 3:2, kemudian bincang soalan berikut:
Mengapakah kita harus bersikap lemah lembut dan bekerjasama dengan ahli perubatan?
Tidak diterima |
Pilihan masing-masing |
---|---|
A. Plasma darah |
Pecahan kecil plasma |
B. Sel darah putih |
Pecahan kecil sel darah putih |
C. Platelet |
Pecahan kecil platelet |
D. Sel darah merah |
Pecahan kecil sel darah merah |
5. Rawatan yang melibatkan pecahan kecil darah
Darah terdiri daripada empat komponen utama, iaitu sel darah merah, sel darah putih, platelet, dan plasma. Setiap komponen utama pula boleh dibahagikan kepada pecahan kecil darah. c Pecahan kecil darah mungkin digunakan dalam ubat untuk melawan penyakit atau menghentikan pendarahan.
Berkenaan pecahan kecil darah, setiap orang Kristian harus buat keputusan berdasarkan hati nuraninya yang dilatih Bible. Ada yang menerima kaedah perubatan sebegini, tetapi ada pula yang menolaknya.
Fikirkan soalan ini semasa membuat keputusan:
Bagaimanakah saya akan menjelaskan kepada doktor mengapa saya menolak atau menerima pecahan kecil darah yang tertentu?
ORANG MUNGKIN TANYA: “Apa salahnya terima transfusi darah?”
Apakah pendapat anda?
RINGKASAN
Yehuwa tidak mahu kita menyalahgunakan darah.
Ulang Kaji
Mengapakah Yehuwa menganggap darah suci?
Bagaimanakah kita tahu perintah Tuhan untuk menjauhi darah juga merujuk kepada transfusi darah?
Bagaimanakah anda dapat membuat keputusan yang bijak berkenaan kaedah perubatan yang melibatkan darah?
JOM BELAJAR
Berkenaan penggunaan darah sendiri, apakah hal-hal yang harus anda pertimbangkan sebelum membuat keputusan?
Apakah yang harus difikirkan sebelum membuat keputusan berkenaan pecahan kecil darah?
Ketahui bagaimana para penatua yang berkhidmat dalam Jawatankuasa Perhubungan Hospital membantu saudara saudari.
a Lihat Pelajaran 35, “Cara Membuat Keputusan yang Bijak.”
b Lihat poin 5, “Rawatan yang Melibatkan Pecahan Kecil Darah” dan Penjelasan 3, “Kaedah Perubatan yang Melibatkan Darah.”
c Sesetengah doktor menganggap empat komponen utama darah sebagai pecahan kecil darah. Maka, anda mungkin perlu menyatakan dengan jelas bahawa anda tidak menerima transfusi darah utuh, atau sel darah merah, sel darah putih, platelet, dan plasma.
NIKMATI HIDUP SELAMA-LAMANYA!—KURSUS PERBINCANGAN BIBLE